Buletin

TAYAR 4X4 DUNLOP KINI KEMBALI!

Continental Tyres Malaysia PJ Sdn. Bhd., pemegang hak jenama tayar Dunlop di Malaysia telah melancarkan rangkaian tayar 4X4 serta SUV iaitu RoadTrekker RT5 dan MaxGrip AT5.

Dunlop-RoadTrekker-RT5-mekanika (7)

Tentu saja ia memberi banyak pilihan pada pengguna pada hari ini bagi pasaran 4X4 dan trak pikap yang semakin berkembang pesat.

Sedar akan permintaan yang semakin rumit di pasaran tempatan, Kumpulan Continental membuat keputusan untuk menghasilkan produk khusus untuk pasaran beriklim tropika.

Dunlop-RoadTrekker-RT5-mekanika (2)

Kajian, pembangunan dan ujian dijalankan berdasarkan keadaaan geografi, permukaan jalan, cuaca dan faktor pasaran khusus di Malaysia. Tayar ini dihasilkan di kilang mereka di Alor Setar, Kedah.

Ia didatangkan dengan saiz lazim yang digunakan oleh kebanyakan SUV dan trak pikap. Sebenarnya, Dunlop sedia memiliki pasaran tersebut dengan model RoadTrekker RT2 dan Maxgrip AT2 yang tidak pernah diganti sepenuhnya sejak diperkenalkan lebih 7 tahun lalu.

Dunlop-RoadTrekker-RT5-mekanika (4)

Yakin dengan produk terbaru ini, mereka menjemput pihak media melakukan pandu uji menggunakan lapan buah trak pikap berbeza jenama yang dipasangkan dengan tayar MaxGrip AT5 ke Janda Baik, Bentong Pahang. Beberapa laluan dipilih untuk memberi pengalaman pemanduan yang berbeza.

Pertama kali memandu dengan tayar ini di lebuh raya, secara peribadi ia mengagumkan saya. Baiklah. Jika anda biasa dengan tayar 4X4 profil AT (all Terrain) ia biasanya bising.

Dunlop-RoadTrekker-RT5-mekanika (3)

Ya. Melainkan tayar-tayar AT yang lebih cenderung pada rekaan ‘bunga’ HT (Highway Terrain). Reka bentuk MaxGrip AT5 ini cenderung ke arah MT (Mud Terrain) yang biasanya akan berdengung sampai ke kabin.

Menakjubkan untuk tayar AT MaxGrip AT5 yang hampir sesenyap tayar HT. Sudah tentu, pengguna yang memilih rangkaian AT adalah kerana fungsi 50 peratus di laluan off road itu. Sebahagian pengguna lagi memang gemar reka bentuk tayar AT/MT yang kelihatan garang!

Dunlop-RoadTrekker-RT5-mekanika (1)

Di laluan offr-road yang ringan, MaxGrip AT5 berfungsi sepatutnya. Laluan tidak sesukar mana pun sebenarnya, cuma pengalaman memandu begitu penting untuk membuktikan keupayaan, ketahanan dan reliabiliti setiap tayar.

Sebenarnya untuk laluan off-road, rekaan bunga tidak memberi banyak perbezaan prestasi. Apa yang penting ialah ketahanan seperti binaan dinding tepi yang kukuh, material bagus dan jaminan pengeluar.

Dunlop-RoadTrekker-RT5-mekanika (6)

Harga jualan bagi tayar ini bermula serendah RM400 mengikut saiz. Bagi semua tayar edaran Continental Tyres Malaysia, ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun.

Jadi, Falken Wildpeak, Bridgestone Dueller, Yokohama Geolander, Toyo Open Country. Anda sudah ada pesaing baru.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button