Motosikal

VESPA PRIMAVERA 50th ANNIVERSARY EDITION – BERMULA RM16,300

Naza Premira baru-baru ini melancarkan Edisi Ulangtahun Ke-50 Primavera (Vespa Primavera 50th Anniversary Edition) yang dikeluarkan khas oleh  Piaggio. Ia sempena meraikan pengenalan pertama Primavera pada tahun 1960.  

Primavera merupakan sebuah model lagenda dan sangat berjaya dalam sejarah Vespa. Dengan personaliti muda, inovatif, selamat dan mesra alam Primavera dikuasakan olej enjin 150cc.

Enjin empat lejang terkini Vespa itu menjanjikan prestasi dan penjimatan bahan api yang terbaik. Antara ciri baharu yang ada padanya ialah kemasan krom pada madgad hadapan dan rim aloi lima jejari bersaiz 12 inci, paling besar dalam sejarah Vespa.

Teknologi LED digunakan pada lampu hadapan dan belakang untuk tunggangan lebih selamat.

Sama seperti model-model lain, Primavera hadir bersama rangkaian aksesori seperti kotak kargo sama warna dan banyak lagi.

Vespa Primavera 50th Anniversary Edition ditawarkan pada harga bermula RM16,300 (dia atas jalan tidak termasuk insurans). Ia kini lebih menyerlah menerusi dua warna biru dan coklat matt yang baru serta logo pada bahagian belakangnya.

GALERI 

Google ads
Back to top button