
NISSAN HYPER PUNK DIREKA UNTUK ARTIS, PEMPENGARUH – BAKAL DIPAMERKAN DI JAPAN MOBILITY SHOW 2023
Bersempena dengan Japan Mobility Show 2023, Nissan baru-baru ini mendedahkan siri kenderaan konsepnya yang keempat iaitu Nissan Hyper Punk.
Menurut Nissan, model konsep Hyper Punk direka khusus untuk pencipta kandungan (content creator), pempengaruh serta artis.

Dengan gaya penuh ekspresif, Nissan Hyper Punk menggabungkan elemen pasca-moden, artistik dan inovasi baharu terutamanya dengan adanya bantuan kecerdasan buatan (AI).
Secara ringkasnya, ia sesuai digelar sebagai studio kreatif bergerak, di mana kabin Hyper Punk yang turut mempunyai elemen origami, menyediakan sambungan internet untuk bagi memudahkan pengguna menghasilkan karya.

Bukan itu sahaja, melalui teknologi seperti biopenderia, sistem berkenaan juga boleh mengesan mood pemandu dan akan memutarkan muzik serta pencahayaan bersesuaian.
Paling mencuri perhatian, Nissan Hyper Punk diserlahkan lagi melalui rim bersaiz 23-inci yang dikatakan berupaya bertukar warna mengikut sumber cahaya.
Untuk rekod, Nissan bakal mempamerkan empat kenderaan konsep termasuklah Nissan Hyper Urban, Nissan Hyper Adventure, Nissan Hyper Tourer dan terbaharu, Nissan Hyper Punk.
- BACA: NISSAN X-TRAIL 2024 FACELIFT DILANCARKAN DI A.S., HARGA BELUM DIDEDAHKAN
- BACA: NISSAN DEDAH MODEL KONSEP HYPER TOURER DI JAPAN MOBILITY SHOW 2023
- BACA: NISSAN DEDAH EV KONSEP – HYPER URBAN CONCEPT TAMPIL TEKNOLOGI BAHARU, REKA BENTUK AGRESIF
- BACA: NISSAN DAYZ 2024 DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM45 RIBU



