Buletin

NISSAN LANCAR SUV TERRA DI INDONESIA – HARGA BERMULA RM129K

Nissan Terra akhinya menjengah pasaran Indonesia apabila SUV itu dilancarkan secara rasmi pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS 2018) semalam.

PT Nisan Motor Indonesia (NMI) mengumumkan Nissan Terra akan dijual pada harga bermula 460 juta rupiah (RM129,3000) sehingga Rp670 juta (RM188,500) seunit. Ia bakal bersaing sengit dengan SUV sekelasnya sepertiChevrolet Trailblazer, Toyota Fortuner dan Mitsubishi Pajero Sport.

Pengenalan Terra adalah sebahagian daripada rancangan jangka masa sederhana Nissan M.O.V.E 2022 yang dimulakan dengan pelancaran Nissan Cross pada Mac lalu.

SUV tujuh tempat duduk itu dibina di atas platform Nissan Navara NP300. Ia hadir dengan varian pacuan 4×2 atau 4×4.

Terra dikuasakan oleh enjin turbodiesel berkapasiti 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan tork 450Nm. Dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan atau transmisi manual enam kelajuan, ia mempunyai jarak kelegaan tanah mencecah 225mm.

Jentera tersebut dilengkapi pelbagai sistem keselamatan seperti Hill Descent Control, Hill Start Assist, 4WD More Switch dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, ciri canggih lain seperti Intelligent Rear View Mirror, Spot Warning, Lane Departure Warning, Intelligent Around View Monitor dan Moving Object Detection.

“Nissan Terra membuktikan komitmen kami terhadap pasaran Indonesia. Dibangun berdasarkan kepada pengalaman Nissan menghasilkan SUV selama lebih 60 tahun, Teraan akan dilengkapi teknologi pintar Nissan Intelligent Mobility,” kata Presiden NMI, Eiichi Koito.

Tempahan Terra sudahpun dibuka dan penghantaran pertama bermula pada suku ketiga 2018.

Indonesia merupakan negara kedua menerima Terra di pasaran Asia Tenggara selepas Filipina. Dihasilkan di kilang Nissan di Thailand, Terra bakal memasuki pasaran Thailand, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. Malangnya, Malaysia tiada dalam senarai setakat ini.

GALERI

Google ads
Back to top button