Buletin

NISSAN MURANO SERBA BAHARU –

Nissan Murano ketika generasi pertama diperkenalkan, ianya cukup popular di kalangan ahli perniagaan di tempat kita. Nampak bergaya betul bila memandu ke tempat temujanji atas urusan perniagaan. Terima kasih kepada grey importer yang membawa masuknya ke sini.

Tapi tahukah anda bahawa Nissan Murano kini telah pun memasuki generasi keempat dalam sejarah pengeluarannya? Generasi kedua mungkin kita pernah melihat modelnya di atas jalan raya di tempat kita namun malangnya generasi ketiga memang tak jumpa langsung.

Berbanding rekaan generasi ketiga (Z52) yang kelihatan sedikit sporty, tetapi generasi keempat (Z53) ini tampil dengan rekaan yang lebih kelihatan premium dan juga elegan.

Reka bentuk serba baharu Nissan Murano ini barangkali mempunyai persamaan dengan model Nissan Ariya terutamanya apabila ia berkaitan dengan profil bumbung dan reka bentuk tiang-C. Perkara yang sama berlaku untuk bahagian dalam, dengan susun atur pemuka malah beberapa elemen individu kelihatan telah diambil daripada crossover elektrik Nissan tersebut.

Bahagian hujung hadapan Nissan Murano ini kelihatan cukup kemas termasuk lampu hadapan LED “Crystal Cube” ultra nipis di kedua-dua sisi jalur trim hitam berkilat yang dipisahkan dari gril kenderaan. Grafik V-motion Nissan yang terkenal dihasilkan oleh lampu nyalaan siang LED yang bersembunyi di dalam gril, memberikan penampilan yang elegan dan moden.

Rekaan bahagian juga menampilkan ciri yang elegan dengan elemen belakang LED yang merintangi hujung ke hujung untuk memberikan tanda pengenalan pencahayaan dari belakang yang tersendiri pada waktu malam. Terdapat juga perkataan MURANO pada bahagian tengahnya.

Ruangan dalam menampilan panel tunggal yang menggabungkan sepasang skrin digital 12.3 inci. Sistem infohiburan mempunyai ciri Google terbina dalam dan mempunyai sokongan untuk Apple CarPlay dan Android Auto. Menambahkan ciri premium, tempat duduk hadapan dilengkapi dengan fungsi mengurut dan juga sistem bunyi premium daripada Bose yang didatangkan dengan 10 pembesar suara. Juga terdapat pilihan 64 warna untuk cahaya ambien di dalam kabin yang boleh ditetapkan pemandu.

Sebagai sebuah SUV moden, Nissan Murano juga dilengkapi dengan ProPILOT Assis untuk tujuan keselesaan dan keselamatan pemandu dan juga penumpang.

Berbanding generasi sebelumnya yang menggunakan enjin pelahap minyak, Nissan Murano terbaharu ini menggunakan enjin 2.0-liter VC-Turbo (Variable-Compression Turbo) yang mempunyai output maksimum 241 HP dan 352 Nm dengan mempunyai pertambahan tork 27 Nm berbanding enjin sebelumnya. Enjin yang berkuasa ini dipadankan dengan kotak gear sembilan kelajuan automatik.

BACA : APA KHABAR NISSAN MURANI INI? MODEL 2019 YANG TAMPAN DAN TAJAM

BACA : PANDU UJI NISSAN X-TRAIL. MAKIN LAMA MAKIN SEGAK

Google ads

B K

Back to top button