Motosikal

HONDA CB1000 HORNET SP 2025 DIUMUMKAN – 155HP, 107NM

Honda kembali ke segmen ‘hypernaked’ bagi tahun 2025 dengan pelancaran CB1000 Hornet SP. 

Pelancaran global di Eropah itu menyaksikan kemunculan sebuah motosikal naked yang lengkap dengan komponen premium antaranya Öhlins dan Brembo serta quickshifter yang didatangkan secara standard.

 Namun, selain kelengkapan premium, CB1000 Hornet SP ini hadir dengan harga yang bakal memberi saingan sengit kepada pesaing lain yang lebih ‘kayangan’. 

Kami telah pun melihat CB1000 Hornet ini lebih awal ketika di Tokyo Motorcycle Show dan motosikal tersebut antara tumpuan utama di acara. 

Bagi pasaran global, Honda memperkenalkan dua versi, CB1000 Hornet dan CB1000 Hornet SP. Versi standard menawarkan 150hp pada 11,000rpm dan 104Nm pada 9,000rpm sementara varian SP hadir dengan 155hp dan 107Nm. Berat (basah) pula sekitar 211kg sahaja. 

*Honda CBR1000RR Fireblade 2017

Untuk rekod, CB1000 Hornet ini mengguna pakai platform CB1000RR keluaran 2017 dengan ukuran bore dan stroke yang sama namun telah ditala semula agar menghasilkan kuasa ‘midrange’ yang lebih baik berbanding kuasa puncak. Nisbah mampatan juga diturunkan kepada 11.7:1 berbanding 13:1 sebelum ini. 

Selain itu, talaan signifikan turut dilaksanakan pada profil cam dan ‘timing’ sekaligus enjin ini tidak perlu lagi ‘rev’ sehingga 13,000rpm untuk mencapai kuasa puncak. Sistem transmisi juga dipinjamkan dari CBR1000RR 2017 termasuk klac ‘assist/slipper’. Dalam pada itu, versi SP didatangkan dengan ‘quickshifter’ secara standard. 

Pakej elektronik pula terdiri dari mod menunggang yang merangkumi Rain, Standard dan Sport serta dua tetapan ‘rider’. Juga terdapat empat mod ‘traction control, tiga tetapan kuasa, tiga tetapan ‘engine braking’ dan ‘wheelie control’.  Sayangnya, CB1000 Hornet dan CB1000 Hornet SP ini tidak dilengkapi dengan IMU. 

Sementara itu, kedua-dua varian hadir dengan fork Showa SFF-BP 41mm (boleh laras sepenuhnya bagi ‘compression’ dan ‘rebound’ serta ‘preload’). Namun, penyerap hentak belakang berbeza bagi kedua-dua varian dengan SP menawrkan Öhlins TTX 36. 

25YM Honda CB1000 Hornet

Cerita sama bagi pakej brek dengan SP lengkap dengan Brembo Stylema manakala varian standard dipadankan dengan brek Nissin. 

GALERI: HONDA CB1000 SP 2025

Google ads
Back to top button