,
Buletin

NISSAN SENTRA/SYLPHY DILANCARKAN DI AS. ENJIN 2.0L N/A, TETAPI LEBIH CANGGIH

Nissan melancarkan secara rasmi model Sentra/Sylphy pada acara Los Angeles Auto Show 2019. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sedan itu merupakan model paling laris Nissan di Amerika Syarikat (AS). 

Namun, ini bukanlah kali pertama warga internet melihat Sentra serba baharu kerana ia pernah melakukan debut di China pada April lalu.  

Seperti yang boleh dilihat, Sentra generasi kelapan itu jauh lebih menarik berbanding model terdahulu.

Bahagian hadapannya menggunakan rekaan gril radiator V-Motion yang diapit oleh sepasang lampu LED nipis dan lampu kabus. Bumbung dan tiangnya dihitamkan untuk memberi efek seperti terapung. 

Bahagian belakang pula kelihatan lebih sporty dengan spoiler, sepasang lampu LED yang nipis dan peresap udara.  Penampilan itu disempurnakan dengan penggunaan rim lima jejari.

Harus tahu juga bahawa sedan itu menawarkan pekali seretan yang cukup rendah, hanya 0.26. 

Berbanding model dahulu, sedan generasi kelapan ini sebenarnya sedikit besar. Dari segi dimensi, Sentra mempunyai tapak roda sepanjang 2,712mm. 

Masuk ke dalam kabin, susun aturnya nampak lebih moden dengan skin sentuh bersaiz 8 inci bersama ciri NissanConnect yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Di samping paparan info digital pada meter. 

Bahagian bawah stereng pula diratakan untuk memberi rasa yang lebih sporty. Papan pemuka, tempat duduk dan panel pintu menggunakan tona hitam dengan benang jahitan berwarna oren.

Varian lebih tinggi akan menerima kemasan kulit pada tempat duduknya.  

Di China, Sentra menggunakan khidmat enjin 1.6 liter aspirasi biasa dengan kuasa maksimum 129PS yang dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT . Pasaran Amerika Syarikat pula mendapat enjin 2.0 liter bukan turbo yang mampu menjana kuasa 149PS dan tork 197Nm. 

Dari segi keselamatan, Sentra dilengkapi sistem Nissan Safety Shield 360. Ia terdiri daripada enam sistem bantuan pemandu seperti Automatic Emergency Braking dengan Pedestrian Detection, Rear Automatic Braking dan High Beam Assist.  

Selain 10 beg udara,  Rear Door Alert, Intelligent Forward Collision Warning dan Intelligent Driver Alertness sebagai ciri standard.  

Untuk pasaran Malaysia, sudah tiba masanya untuk Edaran Tan Chong Motor (EYCM) untuk membawa masuk model baharu. Ini kerana hampir semua model Nissan yang ada sekarang sudah agak berusia. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button