NISSAN TINGGALKAN RUSIA. JUAL KEPENTINGAN KEPADA NAMI PADA HARGA RM4.50. CATAT KERUGIAN RM3.2 BILION
Nissan merupakan syarikat utama terbaharu yang meninggalkan Rusia. Beberapa pembuat kereta telah meninggalkan Rusia atau menghentikan perniagaan mereka di negara itu, termasuk Volkswagen yang menghentikan operasinya di Rusia pada Mac.
Nissan mengalami kerugian luar biasa iaitu sekitar AS$687 juta (RM3.2 bilion), tetapi mengekalkan unjuran pendapatan untuk tahun kewangan yang berakhir pada Mac.
Nissan menggantung pengeluaran di kilangnya di St. Petersburg sejak Mac lalu disebabkan gangguan rantaian bekalan. Faktor tersebut membuatkan Nissan memilih untuk keluar dari Rusia.
Nissan Motor Co Ltd akan menyerahkan perniagaannya di Rusia kepada entiti milik kerajaan, NAMI, dengan harga AS$0.97 (RM4.54). Perjanjian itu memberikan Nissan hak untuk membeli semula perniagaan tersebut dalam tempoh enam tahun.
Penjualan kepada NAMI adalah termasuk kemudahan pengeluaran dan penyelidikan Nissan di St. Petersburg serta pusat jualan di Moscow.
Pemegang saham utama Nissan iaitu Renault, turut menjual pegangan majoritinya dalam Avtovaz kepada pelabur Rusia pada Mei dengan harga AS$0.02 (RM0.94).
Nissan telah memulakan perubahan besar bersama Renault. Kedua-duanya sedang berbincang tentang masa depan pakatan mereka, termasuk kemungkinan untuk Nissan melabur dalam keluaran kenderaan elektrik baharu dari Renault.
Dalam pada masa yang sama, Mitsubishi Motors Corp juga sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Rusia.
- BACA: MAZDA KELUAR PASARAN RUSIA, BAKAL JUAL PEGANGAN KEPADA PENGELUAR TEMPATAN
- BACA: TIDAK SENSITIF DENGAN KESUSAHAN RAKYAT, 7 DITAHAN KERANA PAMER KERETA MEWAH DI RUSIA
- BACA: TIDAK BOLEH BELI KERETA BAHARU, PERMINTAAN KERETA TERPAKAI JEPUN MELONJAK DI RUSIA
- BACA: CHINA JADI PENGIMPORT TERBESAR MINYAK MENTAH RUSIA. BELI 1.98 JUTA TONG SEHARI PADA APRIL 2022