CHINA JADI PENGIMPORT TERBESAR MINYAK MENTAH RUSIA. BELI 1.98 JUTA TONG SEHARI PADA APRIL 2022
Bekalan minyak mentah yang diimport oleh China dari Rusia dilaporkan melonjak 55 peratus berbanding tahun sebelum ini, sekali gus mengetepikan Arab Saudi sebagai pembekal utama.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Awam Kastam China, bekalan minyak yang diimport dari Rusia, termasuk melalui saluran gas Lautan Pasifik Siberia Timur dan penghantaran laut dari pelabuhan Eropah dan Timur Jauh Russia berjumlah hampir 8.42 tan.
Jumlah itu bersamaan 1.98 juta tong minyak sehari dan meningkat satu per empat dari 1.59 juta tong pada April lalu.
Sejumlah syarikat minyak China kini meningkatkan pembelian minyak dari Russia susulan tawaran harga yang disifatkan ‘menarik’ selepas banyak pihak menarik diri berikutan sekatan yang dikenakan terhadap negara itu.
Arab Saudi menjadi pembekal kedua terbesar bagi China dengan volum Mei meningkat sembilan peratus pada tahun ini dengan 7.82 tan tong minyak. Jumlah itu menurun 2.17 juta tong minyak pada April lalu.
Rusia merampas kembali kedudukan sebagai pembekal utama minyak mentah China dalam tempoh 19 bulan.
Selain itu, China turut mengimport 260,000 tan minyak mentah dari Iran pada bulan lalu dan merupakan penghantaran kali ketiga sejak Disember lepas. China merupakan pengimport minyak mentah terbesar dunia. – Reuters
- BACA: PERANG TIADA HALA TUJU, ASKAR RUSIA SERAH KERETA KEBAL. DAPAT DUIT, BOLEH MOHON JADI RAKYAT UKRAINE
- BACA: ARAB SAUDI DAN RUSIA CAPAI KATA SEPAKAT TAMATKAN PERANG HARGA MINYAK. KURANGKAN PRODUKSI 10 JUTA TONG SEHARI
- BACA: BERI DISKAUN TINGGI, INDIA PERTIMBANG BELI MINYAK MENTAH RUSIA
- BACA: RUSIA JANGKA UNTUNG BESAR TAHUN INI, CATAT JUALAN MINYAK DAN GAS RM3.5 BILION SEHARI