
PEMANDU TEKSI SINGAPURA DITAHAN. TUTUP TINGKAP KETIKA POLIS HULUR TANGAN UNTUK MATIKAN ENJIN
Pelbagai cara untuk melarikan diri dari pihak polis apabila sedar melakukan kesalahan. Ini termasuklah tidak memberi kerjasama kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas.
Di Singapura, seorang pemandu teksi menutup tingkap ketika anggota polis menghulurkan tangan untuk mematikan enjin. Teksi itu didakwa tidak berhenti ketika diarah berbuat demikian.
Pegawai polis itu sedang meronda di sekitar Holland Road pada petang Ahad apabila dia ternampak seorang pemandu teksi menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Dia kemudian memberi isyarat kepada pemandu supaya berhenti, tetapi tidak diendahkan dan terus memandu.
Pegawai berusia 34 tahun itu diseret sejauh beberapa meter sebelum pemandu itu berhenti dan mengeluarkan lengannya. Pemandu itu kemudiannya ditahan kerana menyebabkan kecederaan dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Mereka yang menyebabkan kecederaan dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda atau rotan. Namun, memandangkan pemandu teksi itu berusia 50 tahun ke atas, maka hukuman rotan tidak boleh dilaksanakan.
Pemandu itu juga boleh didenda sehingga AS$695 (RM3,256), penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Polis turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan selamat, mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Polis tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
- BACA: TIKTOKER KONGSI CARA TONTON F1 SINGAPURA TANPA PERLU BAYAR TIKET
- BACA: LANDO NORRIS KRITIK PEMANDU TEKSI DI SINGAPURA, WARGANET SINGAPURA GELI HATI
- BACA: REMAJA TOLAK TAWARAN TIGA UNIVERSITI SEBAB NAK JADI PEMANDU BAS DI SINGAPURA
- BACA: APA NASIB STESEN MINYAK DI SINGAPURA APABILA SEMUA ORANG MEMANDU EV?







