Buletin

DRB-HICOM, GEELY DAN KERAJAAN NEGERI PERAK SEDIA LANJUT TEMPOH MOU UNTUK BANGUNKAN BANDAR AUTOMOTIF

DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sedia untuk melanjutkan tempoh memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 11 April 2022, dan bakal tamat tempoh selepas enam bulan.

Kerjasama tersebut adalah untuk membangun dan mempromosikan Automotive HiTech Valley di Tanjong Malim, Perak selain memberi nilai tambah kepada syarikat.

Ia merupakan platform strategik bagi kedua-dua pihak ke arah membina sebuah bandar automotif.

Penubuhan kluster industri automotif di Tanjong Malim akan menarik banyak pelabur dan vendor dari China serta global.

DRB-Hicom menyatakan bahawa ia juga sedang dalam perbincangan dengan kerajaan negeri Perak untuk memuktamadkan perjanjian kerjasama.

Pada 12 April 2022, DRB-Hicom telah menandatangani MoU dengan kerajaan negeri Perak untuk pembangunan bandar automotif bersepadu itu.

“Sebarang perkembangan material adalah penting untuk dikemas kini dengan sewajarnya. Kecuali seperti yang dinyatakan di atas, semua peruntukan yang terkandung dalam MoU itu akan kekal berkuat kuasa,” jelas DRB-Hicom.

Google ads
Back to top button