Buletin

TENTERA DAKWA JENAMA CHINA INI IALAH KENDERAAN 4X4 PALING LASAK DI BUMI. ????

Bila terbaca berita ini di salah satu laman web antarabangsa, kami sedikit terkejut. Sebenarnya bukan sedikit, banyak juga lah terkejutnya. Bagaimana sebuah kenderaan buatan China boleh jadi yang paling lasak? dan ianya sebuah kenderaan 4X4?. Serius eh?

Nah, tentera China membuat satu kenyataan ini. Sebuah kenderaan keluaran negaranya merupakan yang paling boleh dipercayai dan lasak di dunia untuk segmennya. Masih ingat SUV BJ80, klon Mercedes G-Class? Itulah yang mereka maksudkan.

Menurut laman web AutoGuide yang memetik memetik terbitan China Morning Post, tentera China mendakwa BJ80 adalah “kenderaan off-road paling dipercayai di dunia”.

BACA: INDUSTRI KERETA ELEKTRIK DI CHINA

Bagaimanakah Tentera Pembebasan Rakyat China mendapat kesimpulan tersebut?

Ia berdasarkan skor ujian baru-baru ini yang menilai kenderaan ini. Ia dikatakan tujuh kali lebih baik daripada Mercedes sendiri. Penyelidik yang menjalankan ujian juga pergi sejauh mengatakan bahawa hasilnya adalah “menghampiri keajaiban.”

“Ia adalah skor yang sangat tinggi memandangkan ujian kesukaran yang perlu ditempuh,” kata Song Kai, penyelidik bersekutu Kejuruteraan Mekanikal dan Kenderaan di Universiti Hunan di pusat China.

“Dalam penggunaan ketenteraan, sebuah kenderaan boleh berumur sepuluh kali lebih cepat daripada persekitaran biasa,” kata Song.

“Jika keputusannya betul, kenderaan ini mungkin lulus keseluruhan ujian kebolehpercayaan dengan hanya dua atau tiga kegagalan. Untuk model pengeluaran besar-besaran, ia adalah menghampiri keajaiban kejuruteraan.

 

Pihak tentera menggunakan kedua-dua model BJ80 dan G-Class semasa ujian termasuk ujian di medan yang paling mencabar. Pemandu tentera berada di dalam kedua-dua SUV tersebut.

Bukan itu sahaja, tentera mendakwa ia lebih baik dari SUV lain, seperti Toyota Land Cruiser.

BJ80 dibina oleh BAIC dan mereka mengesahkan hasil ujian tentera tersebut. Tiada pihak ketiga boleh mengesahkan kesimpulan ini. Kerana apa? Kerana ia dibuat di China.

Google ads
Back to top button