Buletin

NISSAN X-TRAIL: SUDAH BOLEH DITEMPAH

Mulai Sabtu lalu, pengedar kenderaan berjenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) sudah mula menerima tempahan untuk Nissan X-Trail serba baharu.

All-New-Nissan-X-Trail-mekanika (1)

SUV yang dipasang tempatan itu dijangka dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Nissan X-Trail bakal ditawarkan ke pasaran tempatan dalam dua varian, 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD.

Varian 2.5L 4WD dikuasakan oleh unit enjin QR25DE-k2 dengan CVTC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 171PS @ 6,000rpm dan tork 233Nm @ 4,000rpm. Sementara varian 2.0L 2WD pula dijana oleh enjin MR20DD bersama sistem pancitan terus bahan api dan Twin CVTC. Ia mampu menjana kuasa mencecah 144PS @ 6,000rpm dan tork 200Nm @ 4,400rpm.

SONY DSC

Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT bersama mode manual tujuh kelajuan. Sistem ECO mode pula menawarkan penjimatan bahan api lebih baik, selain prestasi pemanduan yang lancar dan berkuasa.

Varian 2.5L turut dilengkapi sistem ALL MODE INTELLIGENT 4×4 (4×4-i) yang menawarkan pilihan di antara pacuan dua roda, Auto Mode atau Lock Mode untuk pacuan empat roda sepanjang masa.  

SONY DSC

Nissan X-Trail menampilkan teknologi kawalan chasis termaju yang pertama seumpamanya di dunia. Sistem Active Ride Control berfungsi mengurangkan pergerakan atau olengan tubuh kenderaan yang dirasai oleh pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek untuk meningkatkan keselesaan.

Manakala sistem Active Engine Brake pula mengubah suai kuasa brek enjin untuk membantu pemandu mengurangkan kelajuan apabila membelok atau hendak memberhentikan kenderaan.

SONY DSC

Sebagai tambahan, sistem Active Trace Control berfungsi mengenakan tekanan brek kepada roda tertentu secara automatik untuk mengurangkan masalah understeer dan membantu pemandu mengawal kenderaan ketika mengambil selekoh.

Ciri-ciri lain yang memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada pelanggan ialah tempat duduk sifar graviti yang membantu mengurangkan kepenatan. Di samping  sistem yang memudahkan urusan memarkir kenderaan iaitu 360° Around View Monitor, pertama dalam kelasnya.

SONY DSC

Nissan X-Trail generasi ketiga itu melakukan debut di peringkat dunia pada acara Frankfurt Motor Show 2013, sebelum dilancarkan ke pasaran Jepun pada Januari 2014. Kini ia menjadi salah sebuah model SUV terlaris di Jepun. Harus tahu bahawa jentera tersebut  sudah pun ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Filipina, Indonesia serta Thailand dan mula mencatat kejayaan yang memberangsangkan.

SONY DSC

“Sejak pelancaran globalnya pada awal tahun ini, Nissan telah menjual lebih 250,000 unit Nissan X-Trail serba baharu di seluruh dunia. Ia juga memenangi pelbagai anugerah di beberapa buah negara seperti Indonesia, Mexico dan UK.

“Dengan semua pencapaian ini, kami sangat teruja kerana dapat memperkenalkan salah sebuah SUV paling popular di dunia ke pasaran Malaysia. Kami juga yakin bahawa X-Trail akan menerajui segmennya di sini,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk, Tan Keng Meng.

SONY DSC

Lima warna ditawarkan iaitu perak, hijau zaitun, hitam, biru dan putih. Nissan X-Trail dijangka dijual pada harga bawah RM170,000 untuk varian 2.5L 4WD dan bawah RM150,000 untuk varian 2.0L 2WD.

Berminat? Cantik kan?
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button