" "
Artikel Pilihan

OBJEK INI MAMPU SELAMATKAN MOTOSIKAL DARI KOS PEMBAIKAN MAHAL

Frame slider atau jika disebut dalam bahasa melayu, peluncur kerangka adalah satu pelindung khas yang direka bagi membolehkan motosikal anda meluncur dengan baik tanpa merosakkan fairing motosikal anda jika anda terlibat dalam kemalangan

Malah frame slider juga boleh melindungi kemasan fairing motosikal anda daripada rosak teruk jika motosikal tersebut terjatuh dengan tidak sengaja. Secara fizikalnya motosikal adalah objek yang tidak stabil dengan hanya 2 roda sahaja. Dalam keadaan statik, motosikal boleh jatuh terlentang ke kiri atau ke kanan.

Bagi penunggang yang berpengalaman, mereka akan mengambil selekoh dengan laju dalam keadaan mengiring sedikit ke arah selekoh dengan merendahkan badan mereka rapat ke permukaan jalan. Namun dalam sesetengah keadaan yang kurang ideal, motosikal boleh hilang cengkaman menyebabkan motosikal jatuh ke arah sisi dan terus meluncur dengan menggunakan fairing atau kerangka

Halaju, momentum dan geseran ini akan merosakkan fairing atau kerangka motosikal dan dalam keadaan yang ekstrim boleh merosakkan komponen lain seperti fork depan, sistem penyejukan, enjin, unit transmisi dan juga swing arm di bahagian belakang.

Keadaan ini menyebabkan kos pembaikan menjadi mahal dan jika kerangka utama atau cesi rosak, besar kemungkinan motosikal kesayangan anda boleh disenaraikan dalam total lost. Pada awal tahun 1990an dimana populariti sport bike meningkat naik selepas filem Top Gun, terdapat peningkatan jualan dan juga kemalangan melibatkan sport bike terutama ketika mengambil selekoh.

Keadaan ini memberi idea kepada beberapa syarikat untuk menghasilkan peralatan keselamtan yang dinamakan sebagai frame slider, dan ia hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ini bermakna jika anda terlibat dalam kemalangan terbabas dan motosikal anda slide (meluncur) di atas permukaan jalan, anda harus menggantikan komponen ini.

Untuk memastikan motosikal tidak rosak teruk sewaktu terbabas, frame slider akan dipasang di fairing depan, fork depan, engine & transmission casing, sistem ekzos dan juga handle. Malah untuk perlindungan tambahan, frame slider turut dipasang di swing arm bagi melindungi komponen belakang.

Frame Slider yang bagus dihasilkan daripada polimer sintetik, berupaya menyerap hentakan jika motosikal jatuh di atas permukaan jalan dengan laju dan jika motosikal anda mulai slide, ia perlu bergesel dengan baik dan bertindak menghentikan kenderaan dengan perlahan-lahan.

Frame slider yang bagus juga boleh untuk patah atau tercabut jika ia terlanggar objek lain di atas permukaan jalan sewaktu motosikal sedang slide. Keadaan ini akan mengelakkan daripada motosikal melambung ke udara jika frame slider ini tersangku kepada mana-mana objek statik

Kebiasaan frame slider akan dipasang pada main frame atau kerangka utama secara “plug & play” atau dipasang dengan kaedah skru allenkey. Boleh dikatakan frame slider ini akan mengurangkan kebarangkalian motosikal untuk anda rosak dengan teruk jika berlakunya kemalangan

Google ads
Back to top button