
OMODA | JAECOO PERKUKUH KEYAKINAN TERHADAP MOBILITI HIBRID DI MALAYSIA
OMODA | JAECOO Malaysia terus memperkukuh kedudukan dalam segmen mobiliti tenaga baharu apabila keyakinan pengguna terhadap kenderaan hibrid, khususnya plug-in hybrid (PHEV), menunjukkan peningkatan positif sejak kebelakangan ini.
Menerusi pelancaran model JAECOO J7 PHEV pada Februari lalu, jenama SUV premium ini berjaya menarik perhatian pasaran tempatan dengan teknologi canggih, prestasi luar biasa dan penawaran harga kompetitif.
Dalam masa hanya empat bulan, lebih 800 unit telah berjaya didaftarkan di Malaysia.
Menurut Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek, JAECOO J7 PHEV dilengkapi sistem hibrid pintar Super Hybrid System (SHS) yang membolehkan pengguna memandu sejauh 1,300 kilometer (NEDC) dengan sekali isian penuh dan cas bateri.

“Model ini memberi kelebihan kepada pengguna untuk memandu dalam mod elektrik sepenuhnya di kawasan bandar dengan jarak sehingga 106km (NEDC), selain menjanjikan kecekapan bahan api dalam pemanduan jarak jauh. Ia adalah keseimbangan antara prestasi dan kecekapan,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya komited untuk memberi pendedahan berterusan kepada pengguna berkaitan teknologi SHS menerusi sesi taklimat dan pengenalan PHEV yang dilaksanakan secara konsisten.
Acara penyerahan rasmi kepada 100 pemilik terawal JAECOO J7 PHEV turut menyaksikan beberapa pengguna berkongsi pengalaman positif mereka.
“Saya berpuas hati dengan keselesaan, kecekapan dan jarak perjalanan jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak. Ia benar-benar memenuhi keperluan saya,” kata Manivannan Manickam, salah seorang pemilik awal.

Sementara itu, warga Singapura, Ian Chan, sanggup memandu dari republik itu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai pertemuan pemilik JAECOO J7 PHEV di Malaysia.
“Saya teruja dapat bertemu komuniti pemilik seperti ini. Di Singapura, belum ada acara seumpamanya,” katanya.
Andy Wong pula menyatakan beliau menanti pelancaran versi hibrid J7 di Malaysia kerana tertarik dengan rekaan serta spesifikasinya. “Saya juga belajar lebih banyak tentang cara pemanduan yang dapat memaksimumkan penggunaan bateri,” ujarnya.
Model J7 PHEV bukan sahaja menonjol dalam aspek prestasi dengan output sehingga 255kW dan 525Nm tork, malah turut menawarkan penggunaan bahan api serendah 4.77 liter per 100km (NEDC) apabila bateri kehabisan tenaga.
Ia juga dilengkapi sistem mod pemanduan pintar yang membolehkan pengguna memilih antara kecekapan atau kuasa maksimum.
Dipasarkan pada harga RM158,800, J7 PHEV turut menetapkan penanda aras baharu dalam aspek keselamatan dengan sokongan lapan beg udara, sistem bantuan pemanduan ADAS Tahap 2.5, Pemantauan Pemandu, Kawalan Kelajuan Adaptif serta fungsi keselamatan terkini lain.
Bateri LFP berkapasiti 18.3kWh yang digunakan juga direka untuk tahan dalam suhu tinggi dan cuaca ekstrem, menjadikannya sesuai untuk iklim tropika seperti di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai model dan promosi terkini, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang rasmi OMODA | JAECOO Malaysia atau ikuti media sosial mereka.
- BACA: DARI AUTOBAHN KE SEKOLAH: WAGON- GAYA HIDUP ORANG JERMAN
- BACA: SEBUAH NISMO R34 SKYLINE GT-R CLUBMAN RACE SPEC UNTUK DIJUAL – HANYA 19 UNIT SELURUH DUNIA
- BACA: LEAPMOTOR C10 – RUPA MACAN, TALAAN MASERATI. HARGA MYVI?
- BACA: ICAUR MALAYSIA LANCAR iEXPERIENCE ELEKTRIK – PANDU UJI OFF-ROAD PERTAMA UNTUK MODEL 03 DI MALAYSIA