Buletin

ICAUR MALAYSIA LANCAR iEXPERIENCE ELEKTRIK – PANDU UJI OFF-ROAD PERTAMA UNTUK MODEL 03 DI MALAYSIA

Arena kenderaan elektrik (EV) Malaysia melakar sejarah baharu apabila iCAUR Malaysia memperkenalkan model sulungnya, iCAUR 03, sebuah SUV elektrik sepenuhnya dengan keupayaan off-road tulen yang pertama seumpamanya di negara ini.

Selepas penampilan sulung globalnya di Shanghai, iCAUR 03 kini menyapa pengguna tempatan melalui platform eksklusif “iEXPERIENCE Off-Road Test Drive” di Pusat Beli-Belah 1 Utama.

Laluan mencabar yang direka khas memberi peluang kepada orang ramai dan wakil media untuk merasai sendiri kemampuan jentera ini di luar jalan berturap.

Dengan slogan “Born to Play”, iCAUR 03 membawakan semangat pengembaraan tanpa sempadan.

iCAUR 03 tampil dengan reka bentuk agresif berinspirasikan bahasa reka bentuk i-BOX, menyerlahkan garisan tajam, pencahayaan LED futuristik serta postur tegap yang mencerminkan keupayaan sebenar sebuah SUV lasak.

Di sebalik reka bentuknya, sistem pemanduan iROAD menyokong sehingga 12 mod pemanduan merentasi pelbagai permukaan jalan.

Gabungan ini dikuatkan oleh suspensi belakang jenis multilink H-arm serta modul pemanduan elektrik 6-dalam-1 yang menjadikan kenderaan ini tangkas dan stabil.

Untuk keselamatan bateri, sistem perlindungan empat lapis IPX8 membungkus bateri dalam perisai aluminium setebal 10mm, lapisan seramik Mica tahan haba melebihi 1,000°C, dan dua lapisan tambahan untuk daya tahan ekstrem.

Di ruang dalaman, pemandu disambut dengan paparan utama 15.6-inci dan kluster digital 9.2-inci, dikawal melalui antaramuka i-VA. Sistem audio 12 pembesar suara INFINITY dan kamera 540° Transparent Chassis memberikan pengalaman pemanduan yang mendalam dan selamat.

Tersedia dalam dua varian, pacuan dua roda (2WD) dan pacuan pintar semua roda (iWD), iCAUR 03 menawarkan kuasa dari 184PS hingga 279PS, serta jarak pemanduan sehingga 426km berdasarkan penilaian NEDC.

Ciri keselamatan turut merangkumi sistem Bantuan Pemandu Tahap 2.5 seperti Lane Keep Assist, Kawalan Kelajuan Adaptif dan Traffic Jam Assist.

Cabaran Off-Road iEXPERIENCE: Buktikan Kehebatan

Kursus ujian off-road di 1 Utama menampilkan empat cabaran utama:

  • iSee-Saw – Ujian imbangan ekstrem untuk menguji kekakuan casis.
  • iSlide – Pendakian curam 55% dan penurunan terkawal, disokong oleh kawalan tork pintar.
  • iSplash – Meredah laluan air sedalam 400mm sebagai bukti keupayaan kalis air.
  • iBreaker – Menunjukkan bagaimana sistem iWD mengagihkan tork ke roda yang mempunyai cengkaman untuk terus bergerak.

Pengunjung boleh menyertai sesi pandu uji ini semasa iCAUR Public Roadshow dari 20 hingga 22 Jun 2025 di tempat letak kereta aras bawah (Old Wing), 1 Utama, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

iCAUR 03 dijangka dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga 2025, dengan harga anggaran antara RM145,000 hingga RM155,000.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan awal dengan bayaran RM1,000 yang boleh dipulangkan sepenuhnya.

Maklumat lanjut dan pendaftaran pandu uji boleh dibuat di laman web rasmi: www.icaur.com.my.

Google ads
Back to top button