Buletin

POWERMAN MALAYSIA 2025: 4,500 PESERTA SERTAI CABARAN LASAK

Acara duatlon paling berprestij di dunia, POWERMAN Malaysia 2025, bakal berlangsung di Dataran Putrajaya dari 20 hingga 22 Jun ini, dengan edisi kali ini mencatat sejarah istimewa sempena ulang tahun ke-20 penganjuran.

Jenama automotif progresif OMODA | JAECOO sekali lagi tampil sebagai penaja utama, menandakan komitmen berterusan mereka terhadap pembangunan sukan dan gaya hidup aktif.

Penganjuran edisi tahun ini dijangka paling besar dalam sejarah POWERMAN Malaysia, dengan penyertaan lebih 4,500 peserta dari 30 negara, yang akan bersaing dalam format lari–basikal–lari merentas laluan ikonik di pusat pentadbiran negara.

Pengarah Perlumbaan merangkap Pengurus Besar POWERMAN Malaysia, Jeffrey Ross, menyifatkan edisi kali ini sebagai simbol kekuatan, semangat kental dan inovasi yang mencerminkan jati diri atlet POWERMAN dan juga OMODA | JAECOO.

Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek, berkata jenama tersebut bangga dapat terus menyokong acara yang menepati nilai-nilai jenama seperti keazaman, keberanian dan gaya hidup aktif.

“Semangat luar biasa para atlet POWERMAN mencabar sempadan kemampuan manusia, dan ini sangat sejajar dengan DNA OMODA | JAECOO. Kami tidak sabar menyaksikan peserta mencipta rekod dan momen penuh inspirasi,” ujarnya.

POWERMAN Malaysia 2025 akan berlangsung dalam beberapa kategori iaitu:

  • Kategori Classic: 10km larian, 60km berbasikal, 10km larian (lebih 1,000 peserta)
  • Kategori Short: 5km larian, 30km berbasikal, 5km larian (lebih 3,000 peserta)
  • Kategori POWERKIDS: Untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 15 tahun (lebih 500 peserta)

Selain saingan sukan, pengunjung turut boleh menikmati pameran selama tiga hari yang menampilkan lebih 50 jenama terkenal termasuk Kahf, jenama penjagaan diri lelaki berasaskan alam semula jadi, 100PLUS, Shimano dan PURPOSE Performance Wear.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi: www.powerman.my.

Google ads
Back to top button