
SEBUAH NISMO R34 SKYLINE GT-R CLUBMAN RACE SPEC UNTUK DIJUAL – HANYA 19 UNIT SELURUH DUNIA
Bila bersembang pasal Nissan Skyline, R34 GT-R dikira istimewa sebab ia model terakhir menggunakan nama Skyline. Semua R34 GT-R memang best, lebih-lebih lagi varian V-Spec II. Daripada V-Spec II tu lahir pula macam-maca edisi istimewa termasuklah yang satu ni. ia dinamakan Nismo R34 Skyline GT-R Clubman Race Spec. Punyalah istimewa sampai nak tengok depan mata pun susah. Maklumlah, hanya 19 unit je pernah dihasilkan.

Tapi kalau anda ke Dubai, jangan terkejut sebab terdapat sebuah Nismo R34 Skyline GT-R Clubman Race Spec untuk dijual di salah sebuah kedai kereta mewah kat sana. Jadi kalau anda banyak duit tapi tapi ada masa nak ke Dubai boleh je kirim kat kami sebab Bamman memang anytime sanggup ke sana kalau ada orang sponsor.
Jentera unik ini dikuasakan enjin R2 Nissan. Enjin ini masih mempunyai sesaran 2.8 liter sama seperti enjin asal tapi telah dibuka dan dibina semula menggunakan alat-alat terbaik boleh diperolehi. Ia kemudian ditala supaya mampu menghasilkan 450 hp kuasa dan 475 Nm tork maksima. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda menerusi kotak gear manual enam kelajuan. Walaauto memang tak sesuai dengan kereta ni.

Sama seperti GT-R pada eranya, model ini turut dilengkapi dengan ATTESA E-TS Pro yang membantu mengalirkan 450 kuasa ke jalan raya dengan sistem pacuan semua roda.
Dilihat sepintas lalu, Clubman Race Spec ni menggunakan kit badan yang sama dengan R34 GT-R Z-Tune, R34 paling rare di dunia. Paling spesial bagi kami ialah cat ikonik Midnight Purple III Nissan yang terkenal tu. Ini kalau pandu pergi majlis kenduri kahwin mesti hilang seri pengantin, pasal GT-R ni lagi berseri.
Menurut F1rst Motor, Dubai yang mengiklankan kereta ini, perbatuan GT-R ni baru mencecah 40,747 kilometer. Itu pun tak pasti sama ada itu perbatuan asli dari kilang ataupun selepas make over yang dilakukan oleh Nismo. Lantaklah, baru 40k kilometre.

Apa pun kereta ni tampak cukup tegap dengan rim forged yang berkilauan dan angkup brek berwarna emas. Ini baru king (maaf abang-abang Myvi kuning).
Semua info berkenaan kereta ini boleh diperolehi dalam talian cuma harga je kami tak pasti. F1rst Motor pun tak beritahu harganya. Tak mustahil ia bakal terjual dengan nilai USD1 juta! Tengok je lah kondisi kereta ni macam mana. Korang tak nak derma buah pinggang? Boleh abang tolong jual untuk top up harga kereta ni.










