Buletin

OPS HARI RAYA JPJ: 29 JUN – 14 JULAI

Japatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 selama dua minggu bermula 29 Jun hingga 14 Julai 2016.

Ops-Hari-Raya-Aidilfitri-2016-mekanika (2)

Sebanyak tujuh jenis kesalalahan rutin yang dikenal pasti sering dilakukan oleh pemandu dan ia akan menjadi fokus utama JPJ. Ini bagi menjadikan persekitaran pemanduan yang lebih berdisiplin dan selamat. Sekali gus mengurangkan jumlah kematian dan kemalangan sewaktu musim perayaan.

Kesalahan tersebut ialah:

  1. Topi Keledar – Tidak memakai topi keledar atau diikat dengan selamat
  2. Gagal mematuhi isyarat lampu merah
  3. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  4. Tidak memakai tali pinggang keledar
  5. Memotong kenderaan di garisan berkembar
  6. Memotong kenderaan di sebelah kiri jalan
  7. Meletak, memandu, menunda kenderaan di lorong kecemasan.

Denda bagi kesalahan-kesalahan di atas adalah sebanyak RM300.

Ops-Hari-Raya-Aidilfitri-2016-mekanika (3)

Berita baik juga sebab Ahli Skuad Muda 1JPJ dan ORANG AWAM boleh melaporkan kesalahan-kesalahan pemandu dan kenderaan melalui [email protected] menggunakan gambar atau video.

Butiran yang diperlukan:

  1. Nama pengadu
  2. telefon pengadu
  3. Tarikh
  4. Masa
  5. Lokasi
  6. plat kenderaan
  7. Jenis/Model kenderaan

Sama-sama kita jadi mata dan telinga pihak Berkuasa. Terutama yang jenis pandu kereta macam tak ada pedoman. Yang potong di laluan kecemasan itu terutamanya.

Google ads
Back to top button