Buletin

MENANGI JERSI EDISI TERHAD DENGAN PETRONAS

Berita baik untuk semua peminat bola sepak! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sehelai jersi jenama Adidas dalam kempen Awesome Bola anjuran Petronas.

Petronas-Awesome-Bola-mekanika (2)

Kempen tersebut dijalankan sempena perlawanan bola sepak Piala Euro 2016 yang sedang berlangsung sekarang di Perancis. Sebanyak 10 helai jersi pasukan Eropah dan 20 helai jersi Petronas edisi khas akan diberikan kepada pemenang harian.

Sebanyak 15 biji bola juga sedia untuk dimenangi sepanjang tempoh kempen bermula 11 Jun hingga 11 Julai 2016.

Petronas-Awesome-Bola-mekanika (1)

Orang ramai boleh memenangi hadiah dan barangan menarik apabila mengambil bahagian dalam siri jelajah Petronas  yang bakal diadakan di beberapa lokasi pada tarikh tertertentu. Ia akan diumumkan menerusi platform media sosial Petronas tidak lama lagi.

“Kami teruja untuk melancarkan kempen Awesome Bola yang menghargai semangat kesukanan rakyat Malaysia. Justeru, Petronas menjemput anda untuk sama-sama merasai keseronokan ini.

Petronas-Awesome-Bola-mekanika (5)

“Menangi jersi edisi terhad dan ambil bahagian dalam kemeriahan perlawanan bola sepak Piala Euro 2016,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus.

Untuk turut serta, belanja sebanyak RM40 untuk minyak atau barangan di Kedai Mesra di mana-mana stesen Petronas seluruh negara dan swipe Kad Mesra anda untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat.

Google ads
Back to top button