Buletin

ORA GOOD CAT GT – FUH YANG INI LAGI MENGANCAM. MASUK SINI KE TAK?

Pengenalan model kereta elektrik (EV) comel Ora Good Cat di Malaysia pada tahun sudah telah menerima sambutan yang agak baik juga. Di bandar Kuala Lumpur, pernah beberapa kali terserempak atas jalan. Tidak sukar rasanya pembeli untuk membuat pilihan, apatah lagi Ora Good Cat keluaran Great Wall Motor (GWM) mempunyai rekaan luaran yang cukup comel dan retro.

Menarik sebenarnya model Ora Good Cat ini, apatah lagi model ini sebenarnya telah direka bentuk oleh Emanuel Derta, bekas pereka bentuk untuk Porsche. Maka, tidak hairanlah sekiranya diperhatikan dengan teliti bahagian fascia hadapan ini ada iras – iras Porsche.

Namun, rupa luaran yang comel dan retro ini barangkali mungkin tidak berapa digemari oleh sang lelaki. Terlalu lembut rekaannya. Barangkali menyedari hakikat itu, sebenarnya telah wujud satu lagi varian yang lebih sporty yang boleh dipilih oleh pembeli, Ora Good Cat GT.

Rupa luaran yang barangkali sedikit comel dan kiut kini telah hilang sama sekali. Penampilan rupa luarannya kini tampil dengan lebih garang dan aggresif terutamanya pada bampar hadapan.

Layangan warna Kelabu serta body cladding yang dipesan menyerlahkan lagi rupa luarannya. Apatah lagi, kini Ora Good Cat GT ini kini menggunakan rim bersaiz 18 inci. Nampak garang betul.

Dan di bahagian belakang, bahagian bampar turut diberikan rekaan baharu supaya senada garangnya di bahagian hadapan. Juga terdapat spoiler dan juga emblem GT berwarna hitam merah (embelm berwarna merah di bahagian belakang) untuk menambahkan lagi kegarangan di bahagian belakang dan membezakan Ora Good Cat yang biasa.

Pek bateri varian GT ini menggunakan sama seperti varian 500 Ultra, namun kuasanya telah dipertingkatkan kepada 171 PS, berbanding varian standard dengan kuasa sekitar 143 PS sahaja.

Tahukah anda bahawa Ora Good Cat ini telah pun dijual secara rasmi di Thailand pada tahun usai pelancaran rasmi varian standard Ora Good Cat. Khabarnya, tahun lepas varian standard Ora Good Cat ini telah menerima tempahan sekitar 1,200 sehingga penghujung tahun lepas.

Ketika di awal pengumuman model GT ini, ianya menerima sambutan yang cukup baik, sejumlah 500 unit tempahan telah diterima dalam tempoh hanya 58 minit sahaja. Dan kumpulan pertama 11 unit penerima Ora Good Cat ini telah pun diserahkan pada November tahun lalu dengan baki penerimanya pada Januari 2023 yang lalu.

Memang tidak hairanlah sekiranya Ora Good Cat GT ini menerima sambutan yang cukup baik di sana. Apatah lagi ianya hadir dengan pakej pembelian yang cukup menarik. Pembeli di Thailand ditawarkan dengan kadar faedah istimewa 1.79% sehingga 48 bulan untuk tempoh pembayaran (duit muka kena bayar lebih , 25% daripada harga jualan), percuma perlindungan insurans komprehensif untuk tahun pertama dan paling penting, percuma pemasangan tempat pengecasan GWM di rumah anda.

Itu belum lagi percuma untuk upah dan alat ganti selamat lima tahun dan juga bantuan kerosakan tepi jalan. Dikhabarkan jumlah pakej ini bernilai sehingga 130,000 baht. (RM17,008).

Kalaulah varian GT ni masuk sini kan.

BACA : GWM EV CONVOY TOUR 2023 MERENTASI 15 BANDAR DI 3 NEGARA, UJI KEUPAYAAN ORA GOOD CAT

BACA : ORA GOOD CAT RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN, 400-500KM SEKALI CAJ, JAMINAN BATERI 8 TAHUN, BERMULA RM139,800 SAHAJA!

Google ads

B K

Back to top button