Artikel Pilihan

RIMAC NEVERA HYPERCAR JADI MODEL TERPANTAS EV DI LITAR NURBURGRING

Rimac Nevera iaitu hypercar electric telah mencatatkan masa terpantas di litar Nurburgring dengan masa 7:05.28, satu catatan masa paling pantas bagi kereta elektrik yang dihasilkan secara besar-besaran pada 18 Ogos 2023. Ini bukan pertama kali Nevera menghasilkan rekod yang mengagumkan, malah pada bulan November 2022 Nevera berjaya mencatatkan halaju tertinggi 415km/jam

Manakala pada bulan Mei 2023, Nevera telah melakukan 23 rekod pecutan dan brek terpantas menyaksikan hypercar ini mampu memecut 0-100km/jam dalam masa 1.74 saat sahaja. Catatan masa terpantas di Nurburgring ini sekaligus memecahkan rekod yang dibuat oleh Telsa Model S Plaid Track Package dan juga Porsche Taycan Turbo S

Sebagai rekod Tesla Model S Plaid Track Package mencatatkan masa 7:25.231 dengan Rimac Nevera adalah 20 saat lebih pantas. Agak sukar untuk Tesla mengalahkan Nevera kerana ia hanya memiliki sekitar 1020 kuasa kuda sahaja berbanding dengan Nevera yang datang dengan 1914 kuasa kuda dan dijual pada harga yang lebih mahal.

Bagi meraikan kemenangan ini, Rimac turut menyangkan satu lagi varian terbaru bagi Nevra yang dinamakan Time Attack Edition of the Nevera at Pebble Beach. Varian terbaru ini datang dengan kemasan cat berwarna hijau serta kemasan rim berwarna hijau. Hanya 2 warna sahaja ditawarkan samaada hitam atau karbon biasa. Seperti biasa, hanya 12 unit sahaja yang disediakan bagi Nevera ini menjadikannya sangat eksklusif.

Catatan masa yang dihasilkan oleh Rimac Nevera ini akan menjadi penanda aras bagi kereta elektrik dan kami percaya pada masa akan datang lebih banyak syarikat akan cuba memecahkan rekod masa yang dihasilkan oleh Rimac Nevera.

Google ads
Back to top button