Buletin

GWM EV CONVOY TOUR 2023 MERENTASI 15 BANDAR DI 3 NEGARA, UJI KEUPAYAAN ORA GOOD CAT

Great Wall Motor (GWM) baru-baru ini mengadakan GWM EV Convoy Tour dengan jumlah 11 buah ORA GOOD CAT, mengembara merentasi 15 bandar di 3 negara dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan Singapura.

GWM EV Convoy Tour 2023 telah diadakan dari 1 – 8 Ogos lalu, meliputi perjalanan konvoi santai selama 8 hari bermula dari Bangkok sebelum menuju ke Malaysia serta Singapura.

Jelajah ini juga menandakan pelancaran rasmi jenama GWM, penampilan sulung ORA Good Cat, dan pembukaan bilik pameran pertamanya di Singapura.

Selain itu, konvoi EV GWM bertujuan untuk mengiktiraf keupayaan EV bagi perjalanan jarak jauh sekaligus membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaan ORA GOOD CAT.

Dengan reka bentuk moden, futuristik, ORA GOOD CAT menawarkan prestasi mengagumkan termasuk teknologi keselamatan termaju yang disesuaikan untuk perjalanan jarak jauh.

Tambahan, para peserta turut dapat mengalami sendiri ekosistem infrastruktur rangkaian pengecasan EV semasa konvoi di 15 bandar di 3 negara, dengan jarak pandu ORA GOOD CAT sejauh 500KM.

Google ads
Back to top button