
FELIPE MASSA SAMAN PENGURUSAN F1, HILANG 10 JUTA EURO TAHUN 2008
Walaupun pihak pengurusan F1 memutuskan untuk melupakan peristiwa hitam di sebalik skandal Crashgate pada tahun 2008 selepas ia dianugerahkan pada Fernando Alonso, namun Felipe Massa yang pada ketika itu merasakan dia telah ditipu oleh pengurusan F1 memutuskan untuk membawa isu ini ke mahkamah bagi menuntut wang pampasan
Reuters melaporkan Massa telah menghantar Letter Before Claim kepada FIA menerusi peguamnya, ditujukan kepada Stefano Domenicali dan FIA Head Mohammed Ben Sulayem. Domenicali merupakan bos kepada Massa ketika berkhidmat sebagai pemandu F1 bagi pasukan Ferrari tahun 2008. Dokumen tuntutan ini menjelaskan Massa kehilangan peluang pendapatan dalam bentuk bonus akibat skandal Crashgate.
Tuntutan Massa juga lebih kepada menuntut peluang mendapat bonus sebanyak 10 juta Euro berbanding dengan meminta agar Juara F1 2008 dikembalikan kepadanya. Peguam Massa juga menegaskan yang Massa adalah juara sebenar tahun 2008, namun pihak F1 bertindak untuk tidak menghiraukan isu ini sebaliknya mengangkat Alonso sebagai juara tahun 2008 menerusi satu konspirasi yang disengajakan melibatkan pengurusan tertinggi FIA.
Isu Crashgate terjadi pada tahun 2008 dimana Nelson Piquet Jr. diarahkan oleh pasukan Renault F1 untuk melakukan kemalangan dengan sengaja, memaksa kereta keselamatan untuk keluar dan memberi peluang kepada Alonso untuk mendahului perlumbaan di belakang Safety Car.
Keadaan ini memaksa Massa untuk terlepas peluang menjuarai F1 pada tahun 2008 serta terlepas peluang untuk merebut bonus kejuaraan yang dijanjikan oleh pasukan Ferrari Scuderia. Isu saman ini mulai timbul selepas Bernie Ecclestone mengatkan FIA menyedari isu penipuan oleh Renault F1 Team, memiliki segala maklumat yang cukup.
Sekiranya keputusan Singapore GP dikeluarkan daripada kalendar perlumbaan maka Massa kemungkinan besar akan menjadi juara tahun 2008. Pasukan peguam MAssa akan menfailkan saman ini di Mahkamah UK dalam masa 14 hari melainkan mendapat jawapan balas daripada FIA yang memuaskan. Jika tidak Massa akan mengambil tindakan mahkamah, menuntut FIA membayar segala bonus yang telah hilang pada tahun 2008


