Buletin

OTT TANAK YAKIN DENGAN KEMAMPUAN HYUNDAI i20 N RALLY1. GR YARIS RALLY1 PULA AKAN MENGGUNAKAN SISTEM SUSPENSI BAHARU

Pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Ott Tanak yakin dan optimistik dengan kemampuan jentera Hyundai i20 N Rally1. Namun menurut pemandu Estonia tersebut beliau hanya memerlukan lebih pemahaman tentang jentera tersebut bagi membolehkanya mengekstrak sepenuhnya kuasa yang ada pada Hyundai i20 N Rally1 tersebut.

Ott Tanak musim ini kembali semula ke pangkuan pasukan Hyundai Motorsport sementelah beliau berkelana ke Britain untuk menyertai pasukan M-Sport Ford dengan memandu jentera Ford Puma Rally1. Dan dalam masa yang sama, jentera Hyundai i20 N Rally1 itu telah mengalami peningkatan teknikal semenjak Ott Tanak meninggalkan pasukan Korea Selatan tersebut pada tahun 2022.

Ketika saingan pembukaan FIA World Rally Championship (WRC) di Rallye Monte-Carlo pada Januari yang lalu, Ott Tanak masih berupaya menduduki tempat keempat keseluruhan walau pun beliau sempat tergelincir ke parit berais serta masalah misteri dengan isu pendikit namun Ott Tanak melihat daya saing yang ada pada jentera dipandunya.

Menurut Ott Tanak, jentera Hyunda i20 N Rally1 yang dipandunya boleh tahan dari segi prestasi cuma barangkali faktor pengalaman pemanduannya yang mungkin membataskan pemandu dari Estonia itu yang membuat beberapa keputusan yang tepat dalam mencari tetapan yang diingini.

“Tanpa pengalaman, sangat sukar untuk membuat tetapan yang betul, tetapi saya akan katakan pada akhirnya kami tidak terlalu salah juga. Keretaa itu berkeadaan baik, sebenarnya. Ia lebih banyak potensi dan kuasa. Saya hanya perlu memahaminya, bagaimana dan apa yang disukainya,” ujar Ott Tanak.

Dan untuk persiapan ke perlumbaan Rally Sweden, Ott Tanak sudah pastinya mengharapkan untuk mengulangi kemenangan tahun sudah, kali ini bersama pasukan Hyundai Motorsport pula. Untuk itu, Ott Tanak yang berusia 36 tahun menjalani latihan persiapan selama dua hari di Bandar Umeå, Sweden dengan jarak yang cukup pendek hanya empat kilometer sahaja.

Sementara itu, pasukan Toyota Gazoo Racing telah mendedahkan bahawa mereka sedang mengusahakan proses homologasi untuk sistem suspensi baharu terhadap jentera GR Yaris Rally1 mereka. Dan sistem suspensi baharu tersebut dijangka akan mula digunakan sewaktu perlumbaan di Safari Rally Kenya pada bulan hadapan.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Pengarah Teknikal pasukan, Tom Fowler bahawa perubahan tersebut akan mewakili perubahan yang agak penting terhadap spesifikasi jentera GR Yaris Rally1 mereka sedia ada.

Menurut Tom Fowler lagi, pasukannya telah mula mengusahakan sesuatu pada tahun lepas dan kebiasaannya pada bulan Mac atau pun April barulah bahagian spesifikasi baharu akan diperkenalkan setelah dua perlumbaan utama, Monte-Carlo dan juga Sweden berlalu. Malah, kerja – kerja peningkatan pada tork daripada unit enjin 1600 cc turut telah diusahakan terhadap jentera mereka.

BACA : INILAH DIA WAJAH SEBENAR HYUNDAI i20 N RALLY1

BACA : LIVERY BAHARU GR YARIS RALLY1 – LEBIH GARANG DENGAN HITAM MATTE!

Google ads

B K

Back to top button