Buletin

INILAH DIA WAJAH SEBENAR HYUNDAI i20 N RALLY1

Pasukan Hyundai Motorsport akhirnya menampilkan wajah sebenar dengan livery Hyundai i20 N Rally1 bagi saingan kelas premier World Rally Championship (WRC) musim 2022. Penampilan penuh jentera serba baharu ini merupakan yang pertama daripada tiga pasukan yang bertanding dalam kelas Rally1 musim ini.

Pencabar kejuaraan WRC musim serba baharu ini dibangunkan daripada model jalanan yang cukup panas masa kini, Hyundai i20 N.

Seiring dengan perubahan yang dilakukan terhadap jentera Rally1 musim ini, setiap jentera yang beraksi diwajibkan untuk dilengkapi dengan sistem hibrid yang dipadankan bersama enjin 1.6 liter turbo. Motor elektrik ini berupaya untuk menghasilkan kuasa sekitar 134 hp dan apabila digabungkan kedua trenkuasa ini ianya mampu menghasilkan 500 hp. Suatu kuasa yang cukup liar dan buas.

Sebetulnya undang – undang baharu ini bagi tujuan pengenalan model baharu jentera baharu Rally1 bagi menggantikan WRCar yang telah digunakan semenjak dari tahun 1997 sehinggalah tahun sudah. Undang- undang baharu ini membenarkan pengeluar untuk menggunakan casis daripada model produksi massa (model jalanan) atau pun daripada casis khas daripada spaceframe bagi menghasilkan jentera Rally1.

Dengan penambahan sistem hibird terhadap jentera Rally1, ini bermakna berat juga akan bertambah kira kira 150 lb (68 kg) berbanding model yang digunakan sebelumnya. Perubahan ketara terhadap jentera Rally1 musim ini juga adalah pada penambahan corong udara di sisi bahagian belakang bagi menyejukkan sistem hibrid yang dipasang.

Dan bagi mengharungi kempen WRC 2022 ini, Hyundai Motorsport telah menyenaraikan dua pemandu utama Ott Tanak dan juga Thierry Neuville. Manakala untuk jentera ketiga, ianya bakal dikongsi bersama pemandu muda Oliver Solberg serta seorang lagi pemandu berpengalaman, Dani Sordo.

Jikalau tengok daripada barisan pemandu yang disenaraikan serta jentera yang bakal digunakan, tampak pasukan Hyundai Motorsport ini seharusnya berupaya untuk menjadi pencabar utama baik kategori pemandu mahu pun pengeluar.

Apa pun, kita tunggu saingan pembuka tirai WRC 2022 yang bakal berlangsung di Monte Carlo pada minggu hadapan. Tengok apa hasilnya nanti.

BACA : INILAH DIA HYUNDAI i20 N RALLY1 YANG SEBENAR BENARNYA – PENCABAR WRC 2022 SUDAH TIBA

BACA : HYUNDAI i20 N RALLY1 BAKAL BERBEZA SAMA SEKALI DENGAN MODEL PROTOTAIP YANG SEDANG DIUJI

Google ads

B K

Back to top button