TOYOTA KAUT UNTUNG DENGAN MODEL HIBRID, JUALAN MENINGKAT 46 PERATUS
Toyota baru-baru ini meraih peningkatan sebanyak sembilan peratus dalam pendapatan suku ketiga.
Penjualan kukuh untuk kenderaan hibrid memacu peningkatan tersebut sekaligus mengatasi jangkaan analisis sebelum ini.
Kejayaan Toyota berlaku semasa kebanyakan pembuat kereta mengalami pertumbuhan jualan yang perlahan bagi kenderaan elektrik.
Toyota mungkin mendapat manfaat daripada margin yang lebih tinggi pada kenderaan hibrid dan harga jualan tanpa diskaun.
Oleh itu, Toyota meningkatkan ramalan keuntungannya untuk tahun kewangan berakhir pada Mac kepada 4.9 trilion yen (RM159 bilion) berbanding 4.5 trilion yen (RM145 bilion) sebelumnya.
Jualan kenderaan hibrid melonjak 46 peratus dan menyumbang kepada peningkatan 11 peratus dalam jualan keseluruhan.
Pertumbuhan jualan begitu ketara boleh dilihat terutamanya di Amerika Utara, pasaran terbesar Toyota, dengan peningkatan sebanyak 28 peratus.
Dalam pada itu, permintaan tinggi untuk kenderaan hibrid menyebabkan pembeli terpaksa menunggu setahun untuk penghantaran beberapa model.
Walaupun jualan di Jepun hanya meningkat 5 peratus, pasaran ini masih memberikan pendapatan dan margin tertinggi bagi Toyota.
Untuk rekod, Jepun menyumbang dua pertiga daripada keuntungan Toyota dan menjana margin operasi 20 peratus.
Toyota menunjukkan margin keuntungan yang kukuh berbanding dengan Tesla kerana Toyota tidak mengurangkan harga kenderaan di pasaran utama untuk meningkatkan permintaan.
Tambahan, peralihan perlahan kepada kenderaan elektrik turut memberi impak positif kepada Toyota.
- BACA: START/STOP TOYOTA BOLEH TAHAN 50 TAHUN? BOLEH PAKAI SAMPAI PENCEN
- BACA: TOYOTA HILUX MILD-HYBRID 2024 TIBA DI PASARAN AUSTRALIA MAC INI – HARGA SEKITAR RM167K – RM221K
- BACA: TOYOTA GR CROWN CROSSOVER BAKAL DIPERKENALKAN DI JEPUN, 375HP, HARGA SEKITAR RM222K
- BACA: TOYOTA GR YARIS SÉBASTIEN OGIER DAN ROVANPERÄ EDITION, 100 BUAH SETIAP SATU!