Buletin

SELAMAT TINGGAL MINI CLUBMAN!

Setelah 17 tahun dipasarkan di dunia, salah satu varian ikonik MINI, Clubman, akhirnya disahkan ditamatkan pengeluarannya.

Syarikat induk MINI, BMW, mengesahkan berita menghentikan pengeluaran Clubman dan menantikan projek baharu pada masa hadapan.

Sebelum ini, bos MINI Stefanie Wurst mengumumkan bahawa Clubman tidak dikemas kini untuk generasi akan datang.

Clubman pertama kali muncul pada tahun 2007, menghidupkan semula jenama itu selepas ia dihentikan pada tahun 1980.

Sejak itu, lebih daripada satu juta unit Clubman telah dihasilkan dan dieksport ke lebih 50 negara.

“Kami sangat berbangga kerana telah membina MINI Clubman di Plants Oxford dan Swindon sejak 18 tahun lalu untuk pelanggan di seluruh dunia.

“Kami menantikan ketibaan MINI baharu pada barisan Oxford dan Swindon, termasuk model baharu yang akan dikeluarkan pada akhir tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Plants Oxford dan Swindon, Markus Grüneisl.

Menurut laporan, Aceman akan dilancarkan 24 April 2024 dan penghantaran pertama untuk pengguna dijangka tiba pada penghujung 2024.

Untuk peringkat awal, unit tersebut akan datang dari kilang baharu di China, tetapi kemudiannya dipindahkan semula ke kilang Oxford pada tahun 2026.

Google ads
Back to top button