Buletin

CIKGU TAK PAKAI SEATBELT, CARA POLIS INI TEGUR MEMANG MAKAN DALAM

Kecuaian tidak memakai tali pinggang keledar adalah punca utama seseorang boleh mengalami cedera parah jika terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Penggunaan tali pinggang keledar adalah persediaan kita sebagai pemandu atau penumpang untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika berada di atas jalan raya.

Meskipun ramai pemandu mempunyai kesedaran penggunaan tali pinggang keledar, namun masih ada pemandu yang hanya memakai tali pinggang keledar ketika menyedari ada sekatan jalan raya.

Melalui akaun Facebook Polis Kedah, terdapat sebuah hantaran bercerita mengenai seorang guru yang ditahan gara-gara tidak memakai tali pinggang.

Anggota polis tersebut bertanyakan kepada guru tersebut sama ada hukuman denda menulis ‘Saya janji akan siapkan kerja sekolah’ berkesan atau tidak kepada anak muridnya.

Guru tersebut mengiyakan pertanyaan tersebut sebelum dia menyedari tidak menggunakan tali pinggang keledar.

“ok..bagus..sekarang saya nak denda cikgu tulis ‘SAYA AKAN MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR SEMASA MEMANDU KERETA JIKA TIDAK SAYA BOLEH DISAMAN RM300’. Ulang 100x sekarang.”

Guru tersebut kemudiannya meminta maaf dengan memberi alasan bahawa dia terlupa untuk memakai tali pinggang keledar.

Meskipun anggota polis tersebut hanya berseloroh untuk memberi denda tersebut, namun ia merupakan satu sebuah peringatan kepada pemandu untuk memakai tali pinggang keledar demi keselamatan.

Untuk makluman, pemandu atau penumpang kereta di bahagian depan mahupun belakang yang memakai tali pinggang keledar dengan betul dapat mengurangkan risiko kecederaan parah dan kematian akibat kemalangan sebanyak 50 peratus.

Google ads
Back to top button