Buletin

PAKEJ BARU DARI VOLKSWAGEN MALAYSIA – SOUND & STYLE…

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan tawaran terbaru – Volkswagen Sound & Style.

Sesuai untuk peminat sistem audio, ‘Sound & Style’ adalah pakej aksesori yang tersedia menerusi model Golf R-Line, Passat Comfortline, Passat Highline dan Tiguan Highline. Ia dilengkapi dengan aksesori bernilai sehingga RM16,000.

Model-model Sound & Style ini dilengkapi dengan aksesori sistem audio HELIX 300W Soundbar yang dihasilkan oleh pakar audio hi-fi Jerman, HELIX. Komponen ini dipasang di ruang bagasi kereta dengan amplifire 5 saluran dengan pemproses suara dan subwofer bersepadu.

Sistem ini merupakan tambahan kepada sistem bunyi 8-pembesar suara yang sedia ada untuk menghasikan kualiti dan kejelasan bunyi dengan penentukuran tepat profil suara mengikut model yang berbeza.

Lain-lain Aksesori yang telah diluluskan oleh Volkswagen termasuk pedal kawalan aluminium, scuff plate aluminium dan VW Tint.

Rangkaian ‘Sound & Style’ boleh didapati di Volkswagen Tour di IOI City Mall, Putrajaya dari 14 Mei hingga 20 Mei, 10 pagi hingga 10 malam.

Pelanggan yang membuat tempahan pada mana-mana model Volkswagen dalam siri Jelajah ini akan menerima rebat RM500 tambahan di atas kad petrol RM1,000 yang diberi percuma.

Semua kereta Volkswagen datang dengan 3 tahun penyelenggaraan percuma, waranti perbatuan tanpa had 5 tahun dan bantuan jalan raya selama 5 tahun.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button