
PASUKAN FORMULA 1 FERRARI KEHILANGAN SATU PENAJA UTAMA MEREKA
Pasukan paling tua dan paling ikonik dalam Formula 1, Ferrari telah kehilangan satu daripada penaja utama mereka sejak sekian lama bila Banco Santander telah menamatkan kerjasama antara mereka. Santander telah menarik diri setelah menaja Ferrari selama lapan musim. Satu tempoh yang cukup lama untuk penaja Formula 1. Untuk pengetahuan bagi yang belum tahu, Santander ini merupakan nama sebuah bank okey dan bukannya jenama santan segera.
Sebagai gantinya, bank gergasi dari Sepanyol sedang mengusahakan untuk menaja salah satu pasukan dalam pertandingan UEFA Champions League selama tiga tahun. Hmm, berubah angin betul Santander ni, dari F1 melompat terus ke bola sepak.
Pengerusi Eksekutif Bank Santander, Ana Botin menyatakan yang mereka sangat berterima kasih kepada Ferrari dan F1 selepas bekerjasama untuk sekian lama. Mereka bagaimanapun akan kekal menyokong bidang sukan kerana ia merupakan satu cara mereka menyumbang kepada kemakmuran masyarakat di mana sahaja.
BACA: MUZIUM FERRARI CATAT 500K PENGUNJUNG DALAM MASA 11 BULAN
Tidak mustahil mereka akan meneruskan tajaan pada perlumbaan di skala lebih rendah seperti pernah mereka lakukan di British GP dari 2007 hingga 2014 danSpanish GP dan 2011 hingga 2013.
Institusi kewangan gergasi ini mula terlibat dalam F1 pada tahun 2007 sewaktu Fernando Alonso menyertai McLaren. Mereka meneruskan tajaan dengan mengikut jejak Alonso yang berhijrah ker Ferrari pada tahun 2010 tetapi tetapi terus menaja dua pasukan yang bersaing hebat itu tahundemi tahun.
Kini Ferrari akan bersaing tanpa tajaan Santander pada musim hadapan. Adakah ia juga berkait rapat dengan ancaman Ferrari untuk meninggalkan F1? Tak siapa pun tahu. Apa pun Ferrari mesti mencari penaja baru untuk bersama dengan mereka.
Sebenarnya ia bukan satu masalah dengan reputasi yang dimiliki oleh Ferrari. Bahkan perlumbaan F1 itu sendiri sebenarnya merupakan medanm pengiklanan yang antara terbesar dan termahal di dunia.
Mana tidaknya, hanya dengan menampal logo syarikat anda pada badan kereta F1 anda sebenarnya sudah mempunyai papan iklan bergerak yang ditonton oleh jutaan manusia di muka bumi. Tapi jangan ingat kosnya murah okey, kalau tak dah lama kami letakkan logo Mekanika di jentera F1 Ferrari.