BAIKI EXORA SETAHUN DI PUSAT SERVIS PROTON. TAPI TAK SIAP SIAP?
Seorang pemilik PROTON Exora melahirkan rasa kesal apabila kenderaan yang terbabit dalam kemalangan pada Februari tahun lalu masih tidak dibaik pulih sehingga hari ini.
Menurut Abi Auni di laman media sosial Facebook Exora Owners Club Malaysia (EOCM), dia telah menghantar kenderaan berkenaan pada hari sama kemalangan di PROTON Edar Kota Bharu, Kelantan untuk proses baik pulih.
Bagaimanapun, dia berkata sehingga Februari tahun ini kenderaan itu masih gagal dibaik pulih oleh pihak PROTON Edar.
“Masalah paling besar adalah alat ganti yang sentiasa tiada stok serta 2 (dua) kali alat ganti yang salah terpaksa dipulangkan balik.
“Kenapa perkara ini boleh berlaku? Logik ke setahun kereta saya berada di Proton Edar Kota Bharu?,” soalnya.
Dia menambah PROTON bukan syarikat kecil dan sepatutnya menyiapkan kenderaannya terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada kereta lain.
“Sebulan pertama saya terpaksa pergi kerja sama dengan menumpang kereta rakan sekerja atau menaiki “GrabCar”.
“Jarak rumah ke tempat kerja adalah 54km sehala. Sehinggalah saya terpaksa membeli kereta baharu. Telah setahun saya membayar RM717 setiap bulan untuk kereta Exora saya sedangkan saya tak boleh guna kereta itu,” katanya.
Abi Auni yang membeli Exora RC tersebut pada tahun 2020 memberitahu dia akan singgah di PROTON Edar Kota Bahru untuk melihat progress kenderaannya hampir enam bulan tetapi agak mengecewakan.
“Diharapkan pihak Proton dapat menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin. Jangan buatkan saya menunggu sehingga setahun lagi,” ujarnya. – FB EOCM
- BACA: KUMPULAN GEELY JUAL LAGI BANYAK KERETA PADA 2021! PROTON SAMA NAIK!
- BACA: PROTON EDAR DILANTIK SEBAGAI PENGIMPORT/PENGEDAR MODEL SMART DI MALAYSIA DAN THAILAND
- BACA: BARU KELUAR TEST DRIVE, PROTON X90 DILANGGAR WAJA DI LEBUH RAYA
- BACA: PROTON CATAT JUALAN 114,708 UNIT PADA 2021. TERTINGGI SEJAK TAHUN 2014