Buletin

GOLF R MK8 MENDARAT DI MALAYSIA. 320PS/420NM, 3 PILIHAN WARNA. BERMULA RM356K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan Golf R yang melengkapkan lagi penawaran keluarga Golf serba baharu di Malaysia.

Sebagai sebuah hatch berprestasi tinggi, Golf R telah mencipta dan memecahkan banyak rekod di seluruh dunia. Tarikannya di atas jalan raya dan litar cukup kuat kerana ia menjadi menjadi model serba boleh yang ada di pasaran.

Perkara itu menjelaskan kenapa lebih 250,000 unit Golf R telah dihasilkan dan dijual di seluruh dunia. 

Golf R 2022 menyerlah kerana ia jauh lebih berprestasi berbanding model-model terdahulu dan menjadi model paling berkuasa setakat ini. 

Menawarkan kuasa mencecah 320hp dan tork 420Nm daripada enjin turbo 2.0TSI terkini yang dipadankan bersama kotak gear DSG 7-kelajuan, ia sememangnya menjanjikan prestasi sebenar buat mereka yang mahukan jentera terbaik.

Prestasi pemanduan dibawa ke satu tahap baharu menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION dengan ciri Performance Torque Vectoring. Sistem pintar dan inovatif ini membolehkan kuasa diagihkan bukan sahaja di antara gandar hadapan dan belakang, malah mampu memilih di antara roda belakang.

Ini secara langsung dapat meningkatkan kelincahan Golf R dengan signifikan, terutama ketika mengambil selekoh. Ia menjadi model pertama Volkswagen yang dipasang dengan sistem ini.

Sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan (Vehicle Dynamics Manager) pada R diintegrasikan dengan sistem-sistem lain seperti electronic differential locks (XDS), dynamic chassis control (DCC) dan stereng yang progresif untuk memberikan cengkaman optimum serta pengendalian terbaik dengan tahap ketepatan luar biasa.

Prestij model R dapat dilihat pada ruang dalamannya melalui penawaran ciri premium iaitu sistem audio Harman Kardon bersama 10 unit pembesar suara. Sistem berkenaan menawarkan kualiti akustik yang terbaik, sekali gus menjanjikan pengalaman audio yang mengasyikkan.

Jentera itu hadir dalam tiga warna iaitu warna signatur biru (Lapiz Blue), hitam (Deep Black) dan putih (Pure White).

Golf R didatangkan dalam bentuk CBU dan ditawarkan pada harga RM356,412. Ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. 

Luaran

Sporty dan tidak terlalu menyerlah, reka bentuk Golf R serba baharu nyata menyembunyikan prestasi sebenarnya. Selain emblem R, karekteristik R yang lain menjadikannya lebih tersendiri.

Daripada rekaan bampar dan corong pengambilan udara hinggalah peresap udara yang direka baharu dalam warna hitam berkilat, dipadankan bersama sepasang ekzos pada bahagian kiri dan kanannya. Rim aloi Adelaide bersaiz 19 inci melengkapkan lagi profail rugged hot-hatch ini.

Warna biru yang menjadi signatur pada model R diserlahkan pada angkup brek dan jalur berwarna biru pada bahagian hadapan jentera ini. Iluminasi jalur lampu tersebut menyerlahkan lagi bahawa ini ialah sebuah Volkswagen.

Satu lagi ciri unit ialah pancaran logo R apabila pintu pemandu dibuka dan ditutup.

Kabin

Ruang dalaman mencetuskan elemen sporty dan mewah melalui kemasan khas R dalam bentuk Carbon Grey. Satu lagi ciri yang menyerlah ialah tempat duduk hadapan premium yang dibalut kulit Nappa dan logo R pada perehat kepala.

Ia dilengkapkan lagi dengan ciri kawalan suhu aktif. Pemandu juga boleh mengubah suai posisi tempat duduk dan sokongan lumbar secara elektrik.

Inovasi-inovasi lain hadir dalam bentuk stereng sports multi fungsi di mana ia mempunyai butang R dengan lampu latar berwarna biru yang mengaktifkan mode ‘Race’ secara serta-merta apabila ditekan. Satu lagi ciri istimewa ialah paddle shifter yang lebih besar untuk pengalaman menukar gear dengan lebih baik. 

R-View

Kokpit Digital bersaiz 10 inci termaju hadir bersama pelbagai bentuk ubah suai, termasuklah R-View yang direka secara eksklusif dan hanya ada pada model ini.

Paparan auxiliary yang ada padanya pasti disukai oleh peminat sukan bermotor kerana ia menawarkan data-data seperti output, kuasa, agihan tork, tekanan caj, lap timer dan G-meter yang boleh dilihat pada masa sebenar.  

Ketersambungan

Sistem infohibur digital bersaiz 10 inci menawarkan ketersambungan mudah dengan navigasi binaan dalam serta ciri Apple CarPlay dan  Android Auto tanpa wayar.

Terdapat 30 pilihan warna lampu ambien dan pendingin hawa 3 zon Climatronic untuk memberi keselesaan maksimum.

Keselamatan

Golf-R dilegkapi ciri keselamatan utama seperti enam beg udara, bantuan sisi dengan amaran lintasan trafik belakang, kamera undur, sistem brek pasca pelanggaran automatik, sistem amaran pemandu, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Maklum Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB), sistem penggera anti-kecurian, sistem perlindungan penumpang proaktif dan banyak lagi.

Unit adalah terhad, jadi buat tempahan di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara atau di  https://eshowroom.volkswagen.com.my/

GALERI

Google ads
Back to top button