Buletin

PEMBELI CHINA DEMAND APLIKASI KARAOKE DALAM KENDERAAN

Mungkin agak pelik kedengaran tetapi pembeli di negara China membuat permintaan agar kenderaan mereka dilengkapi kemudahan karaoke.

Ini bermakna paparan skrin besar dan Apple CarPlay bukan jaminan untuk menjual kenderaan di negara terbabit.

Para pelanggan mula bertanya sama ada kenderaan yang dijual berupaya dipadankan dengan aplikasi nyanyian seperti Changba.   

Menurut Automotive News, ia sekali gus membuatkan pengeluar kenderaan Barat berdepan kesukaran untuk memenuhi permintaan trend terkini itu.

Laporan itu berkata jenama China seperti Xpeng, Nio dan BYD menawarkan kenderaan dilengkapi mikrofon karaoke.

Ciri tersebut memberi kelebihan kepada pengeluar kenderaan berkenaan berbanding jenama Barat yang tidak menjangka terdapat permintaan pelik sebegitu.

“Kami mengenal pasti permintaan tersebut sebagai cabaran.

“Pembeli di China merupakan pelanggan paling mendesak apabila melibatkan teknologi digital di dalam kenderaan,” kata Ketua Digital Kenderaan BMW, Christophe Grote.

BMW bersama pengeluar kenderaan jenama Barat lain tidak mempunyai pilihan tetapi mencari kaedah terbaik memenuhi permintaan para pelanggan kerana persaingan sangat sengit dalam pasaran negara terbabit.

Bukan sahaja China merupakan pasaran terbesar dunia tetapi menyumbang 36 peratus daripada jualan global BMW dan 40 peratus daripada Volkswagen. –carscoops

Google ads
Back to top button