Buletin

HONDA INTEGRA 2022 CHINA. CIVIC VERSI LEBIH SPORTY

Ketika kita masih menunggu model liftback lima pintu Acura Integra diperkenalkan pada tahun 2022, China sudah pun mempunyai Honda Integra dalam bentu sedan empat pintu. 

Sekali pandang, ie mirip model sedan Civic dengan beberapa perubahan dibuat pada bahagian hadapan dan belakangnya. Integra itu akan dihasilkan oleh Guangqi Honda di Guangzhou, manakala Civic boasa dikilangkan oleh Dongfeng Honda di Wuhan. 

Kedua-dua model itu berkongsi platform, ruang kabin, kebanyakan rekaan luaran dan rangkaian kuasa yang sama. Integra dibezakan menerusi lampu matrix LED adaptif lebih nipis dan harmoni apabila digabungkan dengan gril. Sementara bampar hadapannya mempunyai kurang kemasan plastik pada bahagian corong pengambilan udara.

Bahagian belakang menampilkan lampu LED berbentuk L yang kelihatan lebih kemas. Bampar pula dipasang dengan peresap udara. reflektor menegeak dan paip ekzos berkembar. Ia juga menerima rekaan rim baharu berdiamater sehingga 18 inci. 

Dua warna baharu iaitu kuning dan biru diperkenalkan. Berdasarkan kepada laman web Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, Integra adalah lebih panjang berbanding Civic dengan 4,689mm, lebar 1,802mm dan tinggi 1,415mm. 

Tiada foto ruang kabin dikongsi. Tetapi ia dipercayai sama sahaja dengan Civic. Jadi, ruang itu akan dihuni oleh panel instrumen digital bersaiz 10.2 inci, skrin sentuh infohibur 9 inci dan corong pendingin hawa dengan rekaan sarang lebah. 

Honda mendakwa jentera itu akan mewarisi prestasi sebuah Integra. Walaupun tiada perincian mengenainya, lencana pada bahagian belakang menunjukkan ia menggunakan enjin empat silinder 2.5 liter turbo berkuasa 180hp dan tork 240Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear enam kelajuan manual.    

Biarpun Integra hanya menampilkan perubahan luaran sahaja, namun ia dijangka dapat menarik minat pengguna di China. Ia bakal berada di pasaran bermula suku keempat tahun ini.

GALERI

Google ads
Back to top button