Buletin

PEMBELI KERETA BAHARU DI WASHINGTON KENA PAKAI PLAT KERTAS

Tahun 2021 bukan sahaja memperlihat masalah bekalan cip dalam industri automotif tetapi berdepan bekalan nombor plat besi.

Masalah terbaharu itu berlaku di Washington, Amerika Syarikat apabila pembeli kereta baharu terpaksa menggunakan nombor plat kertas.

Pejabat Audit Daerah Thurston mendedahkan ada masalah kekurangan nombor plat di seluruh negeri disebabkan aktiviti pengeluaran Jabatan Pemulihan didapati berjalan secara perlahan.

Punca sebenar masalah itu ialah pandemik Covid-19 dan Jabatan Pemulihan sedang berusaha mengatasi masalah pengeluaran plat rendah dengan menambah jumlah petugas serta mencari pembekal luar bermula 31 Julai.

Pengaudit Daerah Thurston, Mary Hall berkata, Jabatan Perlesenan negeri belum memberi jawapan bila masalah bekalan nombor plat dapat diselesaikan. Oleh sebab itu, nombor plat sementara jenis kertas terpaksa digunakan.

Gangguan bekalan itu tidak melibatkan motosikal dan treler. Menurut laporan, nombor plat kertas itu cuma sah selama 60 hari. –carscoops

Google ads
Back to top button