" "
Motosikal

POLIS KENA SAMAN DI IPK KEDAH, PLAT MOTOR FANCY

Menjadi seorang anggota polis bukan lesen untuk anda tidak dikenakan saman. Itulah yang dibuktikan oleh  Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah dalam satu operasi pagi tadi. 

Menurut satu hantaran di laman Facebook Polis Kedah, jabatan berkenaan telah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Antara pemeriksaan yang dilakukan ialah dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan.

Beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam PDRM Kontingen Kedah telah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya. Antaranya mlibatkan kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi atau fancy. 

Ketua Polis Kedah, Hasanuddin Hassan memberitahu operasi itu bertujuan memberi peringatan kepada anak buahnya bahawa mereka juga mesti mematuhi undang-undang.

“Dari semasa ke semasa kita periksa. Bukan nak cari kesalahan, tapi untuk menentukan pegawai juga perlu mengikut undang-undang seperti mana orang lain juga.

“Kalau motor tu, undang-undang kata kena ada cermin sisi, jadi mesti ada cermin sisi. Dia (anggota polis) terikat dengan undang-undang.

“Kita penguat kuasa, kita hendaklah satu langkah di hadapan orang awam, maksudnya kita kena patuh pada undang-undang,” katanya.

Hasanuddin yang pernah menjadi ketua polis Kelantan sebelum berpindah ke Kedah tahun lalu, mengatakan bahawa dia telah melakukan operasi serupa di negeri tersebut. – Malaysiakini

Google ads
Back to top button