Buletin

PENARAFAN PETRONAS DITURUNKAN SELEPAS METODOLOGINYA DISEMAK

Moody’s Investors Service telah menurunkan penarafan domestik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan penarafan tidak bertaraf mata wang asing kepada A2 dari A1 serta mengubah prospek menjadi “stabil” daripada “negatif”.

Dalam satu kenyataan semalam, agensi penarafan global itu berkata metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh tetapi penarafan yang lebih rendah adalah disebabkan metodologi silang sektor yang disemak semula.

Moody menerbitkan metodologi rentas sektor yang dikemas kini, bertajuk “Menilai Impak Kualiti Kredit Kerajaan pada Penilaian Lain”, pada 20 Jun lalu.

Naib Presiden Moody, Vikas Halan, berkata hubungan rapat antara kerajaan Malaysia (stabil A3) dan Petronas tidak boleh, berdasarkan metodologi yang disemak semula, menyokong penarafan Petronas iaitu dua kedudukan tertinggi berbanding negara Malaysia.

“Hubungan syarikat dengan negara mewujudkan potensi campur tangan kerajaan yang mungkin mempunyai kesan negatif terhadap profil perniagaan atau aliran tunai syarikat,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Halan, penarafannya boleh dikekalkan satu peringkat di atas penarafan kerana metrik syraikat kredit yang kukuh, pergantungan rendah terhadap ekonomi domestik (70 peratus hasil yang dijana melalui eksport dan seberang laut) dan akses yang lebih baik ke pasaran modal antarabangsa .

KREDIT: BERNAMA

Google ads
Back to top button