BuletinMotosikal

PEPERANGAN SEGMEN 250CC 2018 – JANGAN PANDANG RENDAH CABARAN NINJA 250 FI

Bukan senang untuk membangunkan sebuah produk yang betul-betul hebat. Kategori 250 cc bukannya satu pasaran yang besar di Malaysia tetapi ia merupakan satu pasaran penting untuk menyediakan peminat motosikal laluan yang sesuai sebelum memiliki superbike sebenar.

Saingan untuk kategori ini datangnya dari tiga pencabar utama iaitu Honda, Yamaha dan Kawasaki dengan model-model supersport mereka. Jika dilihat dari segi produk semasa dan juga sebelum ini, Yamaha dan Honda jauh mengatasi Kawasaki dari segi pasaran dan rupa paras jentera itu sendiri. Namun itu semua bakal berubah menjelang 2018. Kawasaki pasti akan bangkit kembali sesuai dengan kehebatan mereka selaku pengeluar utama superbike dunia.

Sedihnya dalam tahun 2017 ini, walaupun Kawasaki merupakan pengeluar motosikal terlaju di dunia, produk Ninja 250 mereka kelihatan begitu inferior kalau dibandingkan dengan Yamaha R25 dan Honda CBR250RR. Harap Kawasaki cepat-cepat bangun dari tidur sebelum 2017 melabuhkan tirainya.

BACA: INSPIRASI INDONESIA – HONDA CBR250RR CARBON KILLER

Beberapa keping gambar lakaran telah disiarkan oleh majalah Jepun Young Machine telah memberikan sedikit gambaran tentang Ninja 250 2018. Ia mengetengahkan rekaan lampu utama LED dengan rekaan yang lebih tipis.

Dikatakan Ninja 250 FI 2018 akan memperkenalkan rekaan baru selain kerangka dan enjin serba baru. Ianya mungkin masih menggunakan susun atur dua selinder tetapi haruslah mampu menghasilkan kuasa yang lebih tinggi untuk mencabar Honda CBR250RR yang cukup menggetarkan jiwa dan berkuasa. Bahkan R25 2018 juga dikatakan mempunyai enjin yang mampu diperah sehinggan 15,000 rpm.

BACA: YAMAHA AKAN PERBAHARUI R25 UNTUK TAHUN 2018 – INI SPEKULASI TENTANG SPESIFIKASINYA

Kerangka baru juga dikatakan akan turut diperkenalkan dan dijangka membantu aspek kawalan agar menjadi lebih baik. Jangan salah faham, bukan bermaksud kerangka sebelum ini bermasalah tetapi lebih kepada penambahbaikan. Beberapa ciri lain pula dikatakan akan dipinjam daripada model lebih berkuasa iaitu Ninja 300 dan Ninja 650.

Ciri penghidup tanpa kunci rasanya tidak penting mana untuk sebuah model supersport tetapi ramai yang merasakan tukaran mod secara elektronik adalah satu keperluan dan lebih memudahkan. Fork terbalik teleskopik rasanya akan digunakan kerana ia dikatakan salah satu kekuatan pesaing terdekat mereka.

Kepada peminat setia Ninja 250, jangan bimbang dengan cabaran Honda dan Yamaha kerana sebagai pengeluar motosikal antara terbesar di dunia, Kawasaki mempunyai sumber dan teknologi yag secukupnya untuk menghasilkan produk terbaik cuma mungkin designer sebelum ini terleka sekejap sebab asyik bermain pachinko.

Google ads
Back to top button