Motosikal

KAWASAKI DAH TAK MAHU BUAT MOTOSIKAL MULAI TAHUN DEPAN?

Pembuat mesin terkemuka Jepun, Kawasaki Heavy Industries (KHI) dilapor akan melepaskan perniagaan pengilangan motosikal dan enjinnya mulai tahun hadapan sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula besar-besaran operasinya. 

Perkara itu diumumkan pada Isnin. Selain perniagaan motosikal, KHI juga akan melepaskan divisyen jualan dan Rolling Stock yang bertanggungjawab menghasilkan keretapi laju serta keretapi konvensional. 

Kawasaki berharap langkah itu akan mempercepatkan proses membuat keputusan dan menambah baik kedudukan kewangannya. 

Sedia maklum bahawa jualan motosikal di Asia Tenggara jatuh menjunam berikutan impak penularan COVID-19. Kawasaki menjangkakan kerugian operasi sebanyak 5 bilion yen (RM195 juta) untuk tahun perniagaan terkini. 

Justeru, Kawasaki memberitahu ia akan mengukuhkan operasi antara industri dalam usaha mematuhi garis panduan alam sekitar serta isu-isu lain. 

Dalam satu sidang media, Presiden Kawasaki, Hashimoto Yasuhiko menyatakan dia berharap perniagaan motosikal akan dapat terus mengukuhkan jenama Kawasaki dan merancakkan semula pasaran menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat. 

Maksudnya, Kawasaki akan menyerahkan perniagaan motosikal dan enjin kepada syarikat baharu yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan motosikal, enjin dan jentera off-road empat roda menjelang Oktober 2021. 

Persoalannya, siapakah antara syarikat itu? Modenas? – NHK 

Google ads
Back to top button