Buletin

PERADUAN “NAMA SIAPA HEBAT” PROTON

Proton Holdings Berhad (Proton) semalam melancarkan peraduan “Nama Siapa Hebat” yang menjemput warga Malaysia untuk memberi nama kepada model kompak serba baharunya.  

Dengan pelancaran peraduan ini, memang sah Proton akan tampil dengan jentera kompak pada suku pertama tahun depan!

Peraduan “Nama Siapa Hebat” bermula semalam dan berakhir pada 25 Julai depan. Anda semua mesti cuba kerana pemenang hadiah utama bakal memandu pulang model terbaharu itu (versi Premium). Bukan itu sahaja, anda juga boleh memenangi pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian, wang tunai dan gajet bernilai lebih RM120,000.

ART_1126

“Kami merupakan pembuat kereta nasional. Jadi, memang patut sekiranya keterujaan  ini dikongsi dengan semua rakyat Malaysia. Orang ramai sememangnya berhak untuk berkongsi kebanggaan kami dan memainkan peranan yang signifikan dalam menamakan model baharu Proton.

“Kereta ini amat bergaya. Ia disasarkan kepada semua golongan yang gemarkan gaya hidup aktif. Model serba baharu ini membuktikan komitmen kami kepada rakyat Malaysia dan semua pelanggan Proton dengan terus menawarkan pilihan kepada pasaran massa. Pada masa yang sama menghasilkan kenderaan yang berbaloi untuk dimiliki, selamat dan berkualiti.

“Kami sangat teruja dengan peraduan dan untuk memilih nama kereta kompak baharu ini. Kami harap rakyat Malaysia juga turut sama teruja,” kata Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

ART_1115

Rakyat Malaysia yang berusia dari 12 tahun dan memiliki kad pengenalan layak untuk menyertai peraduan “Nama Siapa Hebat”. Nama yang anda pilih itu mestilah dalam Bahasa Malaysia dan tidak melebihi enam huruf.

Ia boleh terdiri daripada abjad atau kombinasi alpha angka. Tetapi nama itu tidak boleh semuanya angka. Nama yng dicadangkan juga mestilah tiada hubung kait dengan haiwan. Semua nama mesti hadir dengan rasional pemilihannya.

Anda boleh menghantar sebanyak mana pun penyertaan, sama ada menerusi e-mel atau secara dalam talian di laman web: namasiapahebat.proton.com Borang untuk peraduan ini boleh didapati di semua pusat servis Proton di seluruh negara.

Jadi, tunggu apa lagi? Fikir nama yang paling kreatif mulai sekarang!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button