Artikel PilihanBuletin

INOVASI SISTEM KESELAMATAN FORD

Bermula dari pengenalan perlindungan kaca tingkap berlaminasi pada tahun 1927 dan tali pinggang keselamatan yang dipasang di kilang pada tahun 1956, Ford telah merintis jalan bukan sahaja dalam pencapaian teknikal, malah ciri yang mampu menyelamatkan nyawa. 

First Standard Safety Glass

Inovasi keselamatan yang penting oleh Ford Motor Company

  • Pada tahun 1970, Ford Motor Company menjadi pengeluar kenderaan pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan tali pinggang keledar tiga poin bersama perenggang (retractor) automatik. Volvo Cars ialah syarikat pertama yang menawarkan tali pinggang keledar tiga poin.
  • Ford Motor Company merupakan pengeluar kenderaan pertama yang menawarkan beg udara kepala dan dada bermula dengan model tahun 1999. 

frdeurope frdbritain

  • Ford Motor Company merupakan pengeluar kenderaan pertama yang menawarkan teknologi peringatan tali pinggang keledar dikenali sebagai BeltMinder™ pada tahun  1999. BeltMinder menerima pujian daripada pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) dan Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya  (IIHS) Amerika Syarikat (AS) yang mendapati dengan teknologi tersebut, penggunaan tali pinggang keledar dalam kenderaan meningkat secara signifikan. Jelas IIHS: “… sekiranya teknologi ini ada pada semua kenderaan di AS, ia mampu menyelamatkan kira-kira 700 nyawa.”
  • Ford Motor Company pada tahun 1999 menjadi pengeluar kenderaan pertama yang memperkenalkan pembuka bonet kecemasan (emergency trunk release) sebagai ciri standard pada semua rangkaian model keluarannya.

frdeurope frdbritain

  • Ford telah mencipta dan menjadi pengeluar pertama yang menawarkan beg udara sisi bergulung dikenali sebagai Safety Canopy. Ia mula dipasang pada model 2002 1/2 Ford Explorer dan Mercury Mountaineer. Hari ini, Safety Canopy boleh didapati pada hampir semua SUV dan crossover keluaran Ford Motor Company.
  • Pada tahun 2002, Ford menjadi pengeluar pertama yang menawarkan ciri Roll Stability Control™. Ia merupakan sistem kestabilan kenderaan paling maju di dunia. Roll Stability Control™ melangkaui kebanyakan sistem kestabilan yang lain dengan memantau dan mengawal gerakan olengan tubuh kenderaan untuk mengurangkan risiko terbalik. Hari ini, Roll Stability Control dipasang pada hampir semua model SUV, van dan crossover keluaran Ford Motor Company.
  • BLIS (Blind Spot Information System) Ford bersama penggera lintasan trafik mula diperkenalkan pada tahun 2009 ke atas model Ford Fusion (termasuklah varian Hybrid). Ia juga dipasang pada 10 model Ford dan kenderaan jenama Lincoln pada tahun 2011. Ciri ini menggunakan radar untuk mengesan posisi relatif kenderaan lain dan memberi amaran kepada pemandu menerusi kombinasi penggera visual dan audio. Di Malaysia, BLIS boleh didapati pada varian Focus Titanium Plus serba baharu.

Picture: Spencer Griffiths

  • Active City Stop menggunakan pengesan lampu yang sofistikated dan alat pengesan jarak untuk mengimbas laluan di hadapan sebanyak 50 kali pada setiap saat. Ia dua kali ganda lebih laju daripada kadar bingkai standard industri filem dan membantu mencegah pelanggaran pada kelajuan sehingga 15 km/j. Ciri ini juga membantu mengurangkan impak kemalangan pada kelajuan sehingga 30 km/j. Active City Stop memantau jarak kenderaan di hadapan secara berterusan, mengira risiko melanggar objek pegun atau yang bergerak perlahan, di samping menekan lebih awal sistem brek kenderaan untuk memberikan maklum balas membrek yang maksimum. Sekiranya pemandu tidak memberi maklum balas, sama ada dengan cara membrek atau memusingkan stereng, sistem ini akan terus menekan brek, mengurangkan kuasa tork enjin dan mengaktifkan lampu kecemasan belakang. Di Malaysia, ciri Active City Stop boleh didapati pada model terlaris di dunia untuk tahun 2012, Ford Focus serba baharu varian Titanium Plus.

All New Ford Focus 5 door in Candy Red (Exterior Front)

Teknologi-teknologi baharu yang dibina oleh Ford menerajui rating keselamatan global dan AS berbanding mana-mana pengeluar kenderaan lain. Ini termasuklah pengiktirafan Pilihan Keselamatan Terbaik (Top Safety Picks) berbanding pengeluar kenderaan lain dalam ujian IIHS.

Ia juga memperoleh lebih banyak rating lima bintang daripada pihak NHTSA berbanding pengeluar kenderaan lain dalam tempoh 30 tahun ujian yang dilaksanakan oleh kerajaan AS.

Terbaharu, Ford diberi penghormatan apabila menerima penarafan lima bintang untuk model For Kuga serba baharu yang baru dilancarkan di Malaysia bulan lalu.

Kempen Kepuasan Ekspektasi Pelanggan Sepenuhnya Bermula

Jun adalah Bulan Warisan Ford, sekali gus memulakan sambutan ulang tahun ke-110 penubuhan Ford Motor Company dan kelahiran ke-150 tahun pengasasnya, Henry Ford sepanjang tahun ini.

150th Anniversary of the Birth of Company Founder Henry Ford

Bagi meraikan Bulan Warisan Ford dan meneruskan usaha syarikat terhadap program selepas jualan berasaskan kepada pelanggan, rakan pengedaran Ford iaitu Sime Darby Auto Connexion (SDAC) meraikan ulang tahun ke-150 tahun Henry Ford dengan cara menghias kek hari jadi yang besar di bilik pameran bersama matlamat yang ditulis tangan mengenai bagaimana untuk “Go Further” pada tahun ini dan benar-benar memenuhi ekspektasi para pelanggan, sebagai kempen selepas jualan di seluruh negara yang bermula pada 1 Jun 2013.

Seramai lima orang pemenang bertuah telah dipilih oleh pihak pengurusan SDAC dan Ford E&G. Mereka menerima satu unit sistem navigasi peribadi Garmin GPS.

Big Birthday cake

Maklumat lanjut tentang legasi Henry Ford, sila layari laman web: www.henryford150.com ia menampilkan garis masa yang interaktif mengenai kehidupan Ford, siri jelajah, kalendar acara bagi tahun 2013 dan maklumat berkaitan usaha untuk memulihara warisan Henry Ford.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button