Buletin

CAWANGAN B&P PROTON TERBARU DI TAMAN BUKIT SERDANG JANJIKAN KEPUASAN TERBAIK BUAT PELANGGAN

Pada 19 Ogos lepas, Proton telah merasmikan sebuah pusat servis yang dinamakan World Car Care Services Sdn Bhd di Taman Bukit Serdang. Syarikat ini yang ditubuhkan pada tahun 1997 asalnya sebagai pusat servis dan menjual alat ganti (2S). Kemudian pada 2002, mereka dilantik sebagai penyedia perkhidmatan servis kereta dan mengetuk & mengecat (B&P) tetapi tanpa pusat (B&P) yang khusus.

Menjelang tahun 2016, proses menaiktaraf dimulakan dengan tambahan khidmat pusat jualan (bilik pameran terletak di Bukit Jalil) dan pusat B&P di Taman Bukit Serdang. Kedua- dua kedai atau bilik pameran terletak pada lot hujung di kawasan yang sibuk dan mudah diakses dalam jarak 10 meter dari jalan utama Bukit Jalil-Puchong sekaligus meletakkannya dalam kedudukan yang strategik.

Proses naiktaraf ini merupakan satu daripada penambahbaikan kualiti perkhidmatan pelanggan yang selama ini menjadi keutamaan Proton. Langkah yang diambil oleh World Car Care Services sebagai seorang dealer PROTON, dalam melabur untuk menaiktaraf bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh kepada pelanggannya adalah amat bertepatan dengan dasar Proton.

Pusat B&P khusus ini juga dijangka memberi lebih keselesaaan kepada pelanggan dan mempertingkatkan mutu proses perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan Proton.

Selain daripada itu pada bulan Ogos ini, Proton sekali lagi pakej 5 Nilai Hebat sekali lagi khusus untuk pelanggan mereka. Antara yang menarik tentang pakej 5 Nilai hebat ini adalah:

o Percuma 5 tahun servis (termasuk alat ganti, minyak pelincir dan caj pekerja) yang
bernilai sehingga RM3,700*
o Waranti 5 tahun *
o Bonus kesetiaan sebanyak RM1,000

*Nilai sebenar untuk servis percuma berbeza mengikut model. Servis percuma sah laku
untuk 5 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu). Waranti 5 tahun atau 150,000km,
yang mana terdahulu.

Pelanggan-pelanggan Proton boleh merebut peluang ini untuk menghantar kereta mereka ke pusat servis sebelum membuat perjalanan jauh balik kampung sempena musim cuti sekolah dan perayaan yang bakal tiba.

Google ads
Back to top button