Buletin

GADUH DENGAN BINI, LELAKI JALAN SEJAUH 450 KM. APA LAA DIA FIKIR JALAN JAUH-JAUH!!!

Seorang lelaki berjalan kaki sejauh hampir 450 km untuk menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya.

Lelaki berusia 48 tahun itu hanya berhenti berjalan selepas ditahan oleh kereta polis peronda di Gimmara, lebih 400 km dari kampung halamannya di Como, utara Milan.

Polis mengenal pasti identiti lelaki itu menerusi laporan orang hilang yang dibuat oleh isterinya apabila dia tidak pulang ke rumah sejak seminggu lepas, lapor Oddity Central.

“Saya berjalan kaki tanpa tujuan sejak keluar dari rumah. Ada beberapa orang menawarkan makanan dan minuman bila mereka melihat saya di tepi jalan.

“Saya okey cuma sedikit penat,” katanya.

Pihak polis mempercayai cerita lelaki itu namun ia tidak cukup untuk dia melepaskan diri daripada denda melanggar waktu perintah berkurung sebanyak $490 (RM1,989).

Polis turut menempatkan lelaki itu di sebuah hotel berhampiran sementara menunggu isterinya datang menjemputnya pulang.

Lelaki berkenaan diberi nama jolokan Forrest Gump di media sosial sempena filem tahun 1994 yang didokong pelakon Tom Hanks. – agensi.

Google ads
Back to top button