NISSAN GT-R 50th ANNIVERSARY EDITION, LEGASI SETENGAH ABAD GT-R
2019 adalah tahun ke-12 sejak Nissan GT-R pertama kali diperkenalkan pada Pameran Kenderaan Tokyo 2007.
Apakah ada tanda-tanda Nissan akan menghentikan model ini?
Belum lagi malah Nissan giat mengemaskini GT-R supaya relevan dan kekal hebat di kalangan kereta berprestasi sedia ada.

Di antara kehebatan GT-R ialah reka bentuknya yang masih segar walaupun sudah berusia lebih daripada satu dekad.
Tidak banyak model yang berjaya ke tahap ini dan GT-R memang layak digelar legenda hidup.
Menghangatkan lagi tawaran untuk peminat dan pengguna, Nissan GT-R 50th Anniversary Edition diperkenalkan di Pameran Kenderaan Antarabangsa New York pada 17 April 2019.

Model ini dikeluarkan sempena meraikan ulangtahun separuh abad GT-R dan dinaik taraf sesuai dengan legasi yang dipegang.
Berikut ialah ciri-ciri pada Nissan GT-R 50th Anniversary Edition:
Luaran:
- Menggabungkan tiga era warisan iaitu dengan dua tona warna mewakili rekaan grafik GT-R daripada siri perlumbaan GP Jepun yang merupakan era di mana GT-R asal dikeluarkan bagi mendominasi perlumbaan tersebut
- Warna Bayside (Wangan) Blue yang dihentikan sejak GT-R R34 akan digunakan semula lengkap dengan grafik lumba berwarna putih
- Dua lagi warna ialah Pearl White dengan grafik merah dan warna Super Silver dengan grafik putih
Dalaman

- Skema warna istimewa kelabu yang memberi kesan mewah
- Kemasan khusus pada stereng dan tombol gear
- Logo pada kerusi dengan kemasan Alcantara® dan juga pada pelindung matahari
Prestasi
- Enjin 3.8 liter V6 turbo berkembar berkuasa 565 hp
- Walaupun sudah berkuasa tinggi jurutera GT-R menggantikan turbo baharu yang meningkatkan respon pada kelajuan enjin rendah
- Ringkasnya respon enjin lebih baik sebelum dan selepas selekoh

- Manifold ekzos berbeza yang dipengaruhi oleh teknologi perlumbaan dan lebih senang untuk melakukan kerja servis dan penalaan tanpa tersentuh dengan manifold tersebut
- Transmisi enam kelajuan berkembar yang disemak semula dengan lebih perincian pada mod R untuk kegunaan di litar dan trek
- Karakter penurunan gear lebih bawah untuk melalui selekoh dengan pemilihan gear berlaku semasa pengaktifan ABS
- Pemasaan ini mengurangkan understeer dan rasa lebih intuitif dengan pemandu
- Kawalan tukaran adaptif diprogramkan mengikut jadual tukaran dalam memenuhi karakter pemandu yang membolehkan kereta dipandu mengikut had laju jalan awam dan di litar tanpa menukar mod tukaran secara manual
- Menggunakan peredam bunyi titanium dengan muncing kebiruan
Pengendalian

- Suspensi kawalan elektronik ditala semula bagi memberikan lebih kestabilan sewaktu selekoh dan pemanduan lancar
- Stereng lebih linear dan tepat berbanding sebelumnya dan memerlukan sedikit sahaja pembetulan semasa memandu dalam kelajuan sehingga 300 km/j
- Penggalak brek baharu meningkatkan respon pembrekan dengan sedikit tekanan pada pedal seterusnya meningkatkan rasa dan kuasa membrek

Selain daripada ciri-ciri di atas, ini apa yang dikatakan oleh Hiroshi Tamura, Ketua Pakar Produk GT-R.
“GT-R adalah tentang pengurusan keseimbangan keseluruhan, ianya bukan tentang mengejar angka-angka prestasi tetapi menghasilkan sebuah GT-R baharu dengan tiada aspek yang ditinggalkan.
Perubahan yang dilakukan adalah sesuatu yang sesuai bagi menyambut ulangtahun ke-50 GT-R.”
- BACA: NISSAN AKAN HASILKAN SEMULA ALATGANTI SKYLINE GT-R R-33 DAN R-34
- BACA: NISSAN AKAN HASILKAN SEMULA ALATGANTI SKYLINE GT-R R-33 DAN R-34
- BACA: APA KHABAR NISSAN SKYLINE? INI MODEL TERBARU DI PASARAN

























