Buletin

MERAJUK DENGAN ISTERI, LELAKI DIDENDA RM1,000 KERANA INGKAR PKP

Seorang lelaki di Kuala Terengganu didenda kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas didapati keluar rumah pada waktu malam. 

Tertuduh, Wardi Zaidi, 36, berbuat demikian kerana merajuk dengan isterinya. Dia merupakan antara 10 tertuduh lain berusia 20 hingga 61 tahun yang dikenakan hukuman sama oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood. 

Jika gagal membayar denda, mereka semua berdepan hukuman penjara selama sebulan. Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bergerak di sekitar dareah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada 16 hingga 18 April lalu, di antara jam 10 malam hingga 12.15 tengah malam. 

Maka, mereka didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020. Ia membawa kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak. Sementara kesemua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein. – Sinar Harian 

Tags
Google ads
Back to top button