Artikel Pilihan

PERMUSUHAN DALAM PASUKAN F1 YANG SAMA – PERSAHABATAN TIADA HARGA DALAM PERLUMBAAN

Satu perkara unik tentang F1 ialah sentiasa ada perbalahan antara pelumba dalam pasukan yang sama dalam mengejar kejuaraan. Tak pelik pun sebenarnya sebab semua orang nak memang namun perbalahan ini biasanya berlanjutan sehingga ke luar litar. Inilah perbalahan antara pelumba satu pasukan yang paling popular.

Williams (Piquet VS Mansell 1986-87)

Kita semua tahu perbalahan semakin parah bila mula melibatkan kutukan ke atas ahli keluarga. Selepas berperang mulut selama dua tahun, Nelson Piquet mencurahkan minyak dalam satu temubual dengan mengatakan Mansell seorang yang suka bergaduh, kurang ajar dan mempunyai isteri yang hodoh (kami nak taip pun tak sanggup sebenarnya). Aduh.

Mercedes (Rosberg VS Hamilton 2013-16)

Ini contoh klasik perbalahan dua orang yang asalnya bersahabat dari kecil. Keduanya asalnya berlumba go-kart bersama semasa masih kanak-kanak dan bertukar menjadi seteru sebaik memasuki kem Mercedes dan mempunyai jentera yang berkuasa. Perbalahan mulut, perlanggaran arahan pasukan dan perlanggaran semasa perlumbaan. Rosberg akhirnya berjaya mengalahkan Hamilton pada musim 2016 dan terus bersara. Dengarnya keduanya masih tak bertegur sapa hingga sekarang.

Ferrari (Hill VS Von Trips 1961)

Keduanya tidak saling membenci tetapi kem Ferrari memang penuh dengan ketegangan menurut Phil Hill. Pertarungan memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai kemenangan. Akhirnya pada GP Itali, Von Trips terbunuh dalam perlanggaran dan Hill menang menjadikan beliau juara F1 kelahiran AS tunggal sehingga sekarang.

Ferrari (Pironi VS Villeneuve 1982)

Gilles Villeneuve mengistiharkan perang ke atas rakan sepasukan selepas Didier Pironi mengengkari arahan pasukan sekaligus mencuri kemenangan dalam GP San Marino. Dua minggu kemudian dalam ujian masa, Villeneuve cuba sedaya upaya untuk mengatasi kelajuan Pironi dan terbunuh di litar.

McLaren (Senna VS Prost 1988-89)

Ini mungkin perbalahan paling popular dalam sejarah F1. Senna mengabaikan persetujuan yang disangka Prost untuk mengekalkan kedudukan. Perbalahan semakin sengit dengan pertembungan di Suzuka. Prost kemudian menyatakan Senna bukan berniat mengalahkan beliau tapi mahu memusnahkan beliau terus. Fuh dramatik betul.

Google ads
Back to top button