
PEUGEOT 408 KINI LEBIH MUDAH DIMILIKI DENGAN KADAR FAEDAH SERENDAH 0.83%
PEUGEOT Malaysia memperkenalkan kempen pembiayaan istimewa dengan kerjasama Public Bank Berhad, memberikan peluang kepada pelanggan yang ingin memiliki PEUGEOT 408 GT dan 408 Premium.
Bermula dari 13 Mac hingga 30 April 2025, tawaran terhad ini membolehkan pelanggan menikmati pinjaman 90 peratus dengan kadar faedah serendah 0.83 peratus untuk tempoh 60 bulan bagi model 408 Premium.
Sementara itu, pembeli model 408 GT boleh mendapatkan pinjaman 90 peratus dengan kadar faedah 1.01% bagi tempoh yang sama.
PEUGEOT 408 tampil dengan reka bentuk moden dan inovasi terkini yang menyerlahkan identiti jenama ini.

Dari luaran yang aerodinamik hingga kokpit digital i-Cockpit yang direka untuk pengalaman pemanduan lebih intuitif, setiap aspek model 408 GT dan Premium dirancang dengan teliti bagi memenuhi keperluan pemandu.
Bukan itu sahaja, ciri keselamatan canggih serta kemasan dalaman premium turut menjadikan model ini simbol kepada keunggulan dan inovasi PEUGEOT.
Kerjasama dengan Public Bank Berhad ini bertujuan memudahkan pemilikan kenderaan mewah pada harga yang lebih berpatutan.
Dengan pelan pembiayaan eksklusif ini, pelanggan kini boleh menikmati keseimbangan antara gaya, prestasi dan teknologi canggih dalam sebuah sedan yang elegan.
Orang ramai digalakkan mengunjungi pengedar sah PEUGEOT terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menikmati pengalaman pemanduan melalui sesi pandu uji.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki PEUGEOT 408 GT atau Premium dengan penjimatan luar biasa!
Untuk maklumat lanjut, layari www.peugeot.com.my.
- BACA: “SHOP SMART, WIN SMART” TAWAR PELUANG BAWA PULANG SMART #1, HADIAH BERNILAI LEBIH RM400,000!
- BACA: ADIDAS DAN MERCEDES-AMG PETRONAS F1 PERKENALKAN KOLEKSI EKSKLUSIF UNTUK PEMINAT DAN ATLET
- BACA: TANK 300 DIESEL BAKAL DILANCARKAN DI THAILAND TAK LAMA LAGI – HARGA MASIH RAHSIA
- BACA: HONDA CIVIC RS 2025 FACELIFT – SEKADAR TUKAR BAMPAR?