Artikel PilihanBuletin

PERODUA BEZZA GT OLEH THE AJERUL. MEMANG PADU!

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Jika anda masih ingat, pada pameran Kuala Lumpur International Motorshow yang lalu (KLIMS), Perodua telah mempamerkan sebuah Myvi yang mendapat sambutan hangat. Dikenali dengan nama, Myvi GT, ia merupakan sebuah konsep “souped-up” Myvi dengan kelengkapan menarik yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya, adakah ini Myvi versi baru?

BACA: KLIMS: PERODUA MYVI GT

Perodua memaklumkan bahawa ia adalah sekadar model pameran atau konsep. Sekali imbas, ia sukar untuk mencapai tahap produksi kerana peralatan yang dipasangkan pada kereta ini sebenarnya agak banyak dan berharga tinggi. Suspensi jenis boleh laras dan set brek Brembo itu sahaja pun dah boleh jangka berapa harganya.

Namun, konsep Myvi GT itu sebenarnya agak menarik untuk dibincangkan. Terbaru, pakar manipulasi foto The Ajerul atau lebih dikenali sebagai poksu tampil menggunakan konsep yang serupa, menerusi model Perodua Bezza.

Kami percaya, orang-orang Perodua juga pasti bersetuju, ia menggunakan proposisi yang sama dengan Myvi GT. Hampir sama dan konsepnya memang nampak “real

Seperti yang kita sedia maklum, “masalah” utama pada sebuah Bezza ialah ketinggiannya. Dengan bentuk badan yang menjungkit di belakang, ia kelihatan tidak sporty langsung, apatah lagi dengan badan yang kurus dan but belakang yang besar.

The Ajerul menggunakan teknik manipulasi untuk merendahkan kereta ini, dipasangkan dengan rim yang lebih besar (ya 17 inci mungkin) dan fender arch dibesarkan dengan trim sama seperti Myvi GT. Jejari rim ala Rays Homura dengan warna graphite itu juga, cukup cocok dipadankan dengan badan Bezza berwarna putih.

Set brek Brembo memenuhi ruang roda dengan cakera hampir penuh mengisi ruang aloi tadi.

Bagi kemasan bodykit pula, ia menggunakan garis yang sama dengan Myvi GT menerusi skirting sisi yang “merapatkan” kedudukan kereta dengan kelegaan bumi, lips bumpar hadapan dan apron belakang yang direka dengan ruang untuk tips ekzos berkembar.

Pada hud belakang, dipasangkan dengan spoiler kecil dan akhir sekali, kemasan ini diberi jaluran merah tipis dan lining tepi kelabu yang sebenarnya memang kelihatan sempurna.

Secara keseluruhannya kami akui, sentuhan Ajerul adalah antara yang menarik pernah dibayangkan untuk imaginasi kereta Perodua dan Proton yang pernah beliau buat. Jika anda mahu melihat kemaskini hasil kerja beliau, anda boleh lawati laman facebook beliau di pautan di bawah.

KREDIT: THE AJERUL

Tags
Google ads
Back to top button
Close