Artikel PilihanSpyshot

NISSAN GRAND LIVINA 2019 INSPIRASI DARI THE AJERUL!

Belumpun dilancarkan, namun imej Nissan Grand Livina generasi baharu sudah mula “dimainkan” oleh pakar-pakar manipulasi foto.

Terbaru, pakar render grafik tempatan, Poksu atau The Ajerul menampilkan hasil kerja beliau menerusi bayangan apa yang dijangkan sebagai Nissan Grand Livina baharu.

Seperti yang dapat anda lihat dan bandingkan dalam beberapa siri spyshot dari Indonesia sebelum ini, Poksu berjaya membuat hasil akhir yang menakjubkan.

Sama seperti model Grand Livina sebelum ini, Poksu memilih warna oren yang menjadi varian flagship Nissan Livina.

Bahagian hadapan jelas ditampilkan jeriji V-Motion kenderaan Nissan terkini. Secara jujurnya, kami rasa versi Nissan ini nampak lebih “sopan” berbanding versi asal Xpander.

KREDIT: THE AJERUL

Tags
Google ads
Back to top button